Saturday, September 14, 2013

Madinah : Chapter 2

0 comments
Assalamualaikum Hi

salam khabar baik semua. aku nak sambung cerita kat Madinah ni. terhegeh-hegeh sangat kan aku nak cerita ni. haha. maklumlah pergi tahun lepas, tahun ni nak cerita. bijak sangat khen. haha. okay semuasss, here's the photo to see,


ini antara suasana perkarangan Masjid Nabawi. cantik kan payung tu? harga sebatang payung di Masjid Nabi ini bernilai 1.4M USD. 
mahalkan? takpe mahal berguna untuk semua orang takpe. hebat sungguh engineer yang naik taraf Masjid Nabawi ni. payung saje dah cukup gah.
:D
so the next day kami pergi melawat ladang kurmaaa~
seriously, semua orang memborong kurma okay kat situ. kejap lagi den tunjuk gambo nye eh.


so ini on the way pergi ladang kurma. dalam bas. setiap masa ambil gambar tau tak sampai senget bengetz. maklum la masa tu pakai handphone biasa je.. sony ericsson T707. apalah sangat gambar. tapi memori kot. aku ambil semua tau! rakam pun hada! :D


alhamdulillah adik2 inilah kedai yang menjual segala jenih-jenih kurma! banyak sangat! ya Allah seriously kebanyakan orang dah borong tapi do't worry stock masih ada. hihi

tapi kanz, for your information, kurma berbuah 2x setiap tahun tau. tapi diah berbuah lebat dan banyak. jangan risau. ;)


here is their farm. orait, macam kelapa sawit kan? tolonglah cakap ya sebab memang ya tau! mashaAllah kulit pokok, batang pokok, daun semuanya sama okay yang berbeza hanyalah BUAH yang dikeluarkan oleh pokok-pokok itu.
hebat sungguh Allah. meh sebut subhanallah.


see that see? samakan daun mereka? maksud aku mereka tu pokok kelapa sawit and pokok kurma. gitu.


zoom sikit pakai kamera ayah. ayah beli kamera baru kot semata nak pi umrah ni. kamera nikon gitu. haha. tangkai tu sedang berbuah. kecil lagi. kurma masih baby lagi time ni. hihi


okay, photo ini ialah air mineral. air galian ASLI ORIGINAL punya from Madinah. rasa macam payau sikit la. sebab asli dari tanah Madinah :')


second photo. air ni free je. jangan malu jangan segang. ambil la botol besar tangki air rumah taman korang pun amek lah, pak arab tak kisah dan inshaAllah banyak dan percuma untuk semua! haha  


nampak tak semua sedang memborong memilih mencari dan membeli tu? banyak sungguh jualannya. bukan kurma je. ada juga produk2 lain dijual. semuanya dijual dengan harga yang berpatutan. kalau borong tu, kawtim2 la dengan cashier ye yop. hihi


sorry gambar blur, maklum la camera 3MP..hihi! antara kurma-kura dijual, kurma anbar, kurma ajwa (kurma kegemaran Nabi) dan many more lah. semuanya ada. kecil besar ibu jari semua ada. haha :)


selesai sudah penggambaran di ladang kurma. eceh! next to the Jabal Uhud dan Jabal Rummah (Bukit Uhud dan Bukit Pemanah). ingat kan kisah peperangan uhud yang 70 orang shuhada' gugur ? orait aku positif kan diri semua orang tahu ni. umat islam pasti boleh! hehe 

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~

Saturday, September 7, 2013

7 Mata

0 comments
Asslamualaikum Hi

salam semua readers. (bajet ramai baca kenz. haha) -.- 
so! before ni ada orang review blog aku kat blog dia. thanks a lot adik Adik Shahirah Ismail , blog akak ni (btw, cantik nombor 1111 tu ye. haha) takde apapun just anything about knowledge either agama or travel or lain-lain update je kat blog ini. tapi memandangkan diri ni seorang kaki jalan so travel story la a lot. whatever entry pun still, it's my randomness. haha 



back to the story, sekarang aku nak update pasal 7 mata yang dicintai oleh Allah. kali ni tiada harapan palsu lagi. i kept my word. kan kan. 

the 7 Eyes That Allah Loves :

  • Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah SWT
  • Mata yang berjaga malam di jalan Allah
  • Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah
  • Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah
  • Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram
  • Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang
  • Mata yang memandang dan membaca Al-Quran mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan
seriously, senang. tapi. nak buat tu punya payah. kan kan? jangan cakap oranglah aku ni (sedar diri), susah hamat nak buat especially bangun malam. ya Allah bulan puasa kemain kau rajin semangat cari malam yang disebut oleh Allah malam itu lebih baik dari seribu bulan, Lailatul Qadar. 



dah habis bulan puasa habis terus bangun malam. -..- nampak tak pemalas aku ni? haha. astaghfirullah! see. aku ni pun orang biasa juga. jangan tengok entri aku semua pasal agama cop aku ustazah. hahaha. aku pun tak lalai dari buat dosa. tapi sentiasa berusaha untuk tidak lalai dari mengingati Allah SWT. kita dicipta untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah



memetik kata-kata UAI, "orang yang tak solat lebih jahat daripada syaitan." Firaun pun sama lebih teruk dari syaitan. Syaitan cuma kata tak nak sembah Nabi Adam bukannya Allah. see the point? get it?

bahaya betul ni. boleh rosak iman dengan akidah. na'uzubillah. ingat-ingat semua, yang paling hampir dengan kita ajal. 



buat la apa-apa yang anda perlu buat dan nak buat asalkan tidak lalai dari mengingati Allah. dengar lagu, baca majalah, tengok movie go on but with condition, jangan lupa Allah. :)

tengok habis semua aku mengait-kait kan. haha. takpe advice untuk diri sendiri and semua sekali. baik kan iolss? tehee~



jadi itu sahaja lah knowledge that i wanted to share, hope you remind this and anything mistake i did, please TEGUR. hoho. and plus, saja taip 7 mata tu memandangkan rajin puleks, sebenarnya ada gambar. hihi

here the photo~

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Sunday, September 1, 2013

Antara Tanda-Tanda...

0 comments
Assalamualaikum Hi

salam 1 september. (tiba-tiba) malam ni rasa segar nak update. before ni aku ade tweet nak update pasal 7 mata yang Allah cinta. kau tengok, aku tabur harapan palsu lagi. haha. tapi entri ni pun ilmiah juga. cuma lain tajuk sikit la. sikit je. lepas ni betul update pasal 7 mata tu. 



kurang guna sungguh aku ni. haha. -.- ok betul! lepas ni aku update. inshaAllah kalau umur panjang. hihi

jadinya, kembali kepada tajuk yang tersangkut tadi, antara tanda-tanda yang nak di-share ialah Tanda-Tanda Akhir Zaman.

berikut merupakan perkongsian Sheikh Nazrul Nasir tentang tanda-tanda itu :

  1. Solat dipandang remeh 
  2. Buat apa sahaja mengikut nafsu
  3. Mentakwimkan (memuiakan) orang kaya
  4. Zakat menjadi berat untuk bayar
  5. Cukai dikutip daripada rakyat dan dibahagikan kepada kroni
  6. Orang penipu dianggap benar. Orang benar dituduh penipu
  7. Akan bercakap golongan ruwaibidhah, orang yang bercakap sesuatu sedangkan dia bukan ahlinya
  8. Al-Quran akan hilang dan yang tinggal hanyalah tulisan
  9. Al-Quran dihias dengan emas. (buat hantaran dan lain2)
  10. Banyak umat Baginda yang lelaki menjadi gemuk
  11. Pemimpin dilantik daripada kalangan hamba
  12. Kanak-kanak beri khutbah
  13. Masjid dihias seperti gereja
  14. Mimbar ditinggikan
  15. Umat islam akan menjadi banyak tetapi saling membenci
  16. Mukmin ketika itu lebih hina daripada hamba
  17. Gay dan lesbian berleluasa
  18. Orang tua naik syahwat melihat kanak-kanak
  19. Pemimpin fasik dan menteri-menteri banyak buat jenayah
  20. Ada orang berbadan manusia tapi hati iblis. Dia tidak hormat pada orang tua dan tidak kasih pada kanak-kanak.
ada faham itu senarai? na'uzubillah half of the list dah banyak terjadi kan? hem. ramai orang baca benda macam ni akan jadi takut dan insaf UNTUK SEKETIKA SAHAJA. perasan tak? 



kita ni manusia, kena selalu ada orang ingatkan dan tegur anytime anywhere anyone because mati itu anytime. 



kan?

sekarang ni kan banyak aplikasi macam whatsapp, wechat, takpun paling common Facebook. cuba update selalu pasal benda macam ni. taklah kelalaian kelencongan.. tak gituh uolss? haha



inshaAllah umat islam pasti boleh. doa banyak-banyak pada Allah semoga tak menyimpang menyimpuh iman ni. mahal tau iman ni.. mana boleh beli kat market aci tepi jalan tu. dari lahir Allah dah bagi nikmat islam. syukur tak? alhamdulillah.



orang yang taknak berdoa malas berdoa Allah cop orang macam ni sombong. ya Allah! hang suka orang kata hang sombong? takkan. ni kan pula Allah SWT. Maha Agung Maha Kaya. kita apa ada. nak kua RM1 sedekah pun  terketaq-ketaq tangan. hem. sedikit ayat Al-Quran, here :


p/s: Klik gambo please untuk besarkan

ok done! sampai disini sahaja bicara kita malam ni. nantikan minggu hadapan dengan tajuk 7 mata yang dicintai Allah jam 10 malam hari isnin. 
(haha. aku bajet jadi pengacara lah khonon nyeh)

inshaAllah akan update tajuk tu. tapi bukan hari tu la. hahaha

terima kasih sudi baca entri ini,
wslkm~

Friday, August 30, 2013

Merdeka Je Kot?

0 comments
Assalamualaikum Hi

esok merdeka. how was your feel? ada yang macam, "merdeka je kot. bosan." 
and tak kurang juga ada yang, "merdeka sangat..jenayah banyak je dalam  malaysia setiap hari."



korang pernah tak terlintas dalam minda pasal negara islam sekarang yang tengah dilanda kesengsaraan? korang update tak news pasal diorang (mesir, palestin,syria, libya, burma) ?



if so, baguslah but if not, then you should seek tawbah from Allah. aku pun banyak kali istighfar kalau lupa berdoa untuk mereka. hang tau tak kat akhirat nanti mereka tuntut kat kita saudara-saudara islam sunni ini. 



tuntut? jaga-jaga. ramai orang di padang Mahsyar kelak akan tersangkut untuk masuk syurga Allah kerana banyaknya tuduhan-tuduhan dan tuntutan-tuntutan pada masa itu. 

Elok dah nak masuk syurga kaki melangkah, tiba-tiba kena panggil ada orang minta tuntutan hutang dengan awak seblum masuk syurga, ada orang tuduh awak sebab tak tegur dia pakai tudung masa didunia, ada orang tuduh awak tak tegur solat dengan betul masa didunia.

na'uzubillah! korang tahu tak tentang perkara ini? so, jangan lupa doakan semua orang sentiasa mendapat hidayah Allah dan juga doakan keselamatan saudara-saudara mukmin kita yang dalam kesusahan dan kecelakaan serta yang sedang ditindas. 



bersyukur lah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Malaysia merdeka dan masih aman dari peperangan dan juga segala perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan bencana alam. alhamdulillah. terima kasih kepada atuk-atuk dulu yang memperjuangkan tanah melayu. mesti ramai tak suka sejarah khen?



fact kot. aku kat sekolah dulu mesti angkat buku sejarah tidur belakang tu, dahla duduk depan cikgu Fairol. ya Allah! sumpah masa tu memang macam mintak kena siram air menggelegak. haha.



tapi alhamdulillah cikgu berkati ilmu dia bagi pada kami semua, sejarah dapat B+ okay spm. suka sangat habaq hang! :')

Alhamdulillah dan TQSM semua wira yang memperjuangkan tanah melayu~
okay habis, selamat menyambut ulang tahun merdeka yang ke-56!

MERDEKA MALAYSIA!

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Thursday, August 29, 2013

Madinah : Chapter 1

0 comments
Assalamualaikum Hi

ehem. maafkan saya kerana lambek update tentang umrah dan ziarah saya tahun lepas. hem. korang tengoklah aku, betapa gigih dan terhegeh-hegehnya aku update entri pergi negara lain kenz. hem hem. 

so, berkenaan dengan tajuknya.. alhamdulillah, syukur segala puji hanya bagi Allah, aku dan family telah menjadi tetamu Allah pada April 2012. masa tu sangat bermakna buat diri banyak dosa ni.. hem.. aku tak sangka sangat dapat pergi.. sangat-sangat, memang hajat nak pergi tapi tak sangka weh pada usia 20 tahun aku hidup, aku dan family (mak, ayah, mak tok, nenek and atuk) telah dijemput menjadi tetamuNya pada tahun itu. 

suasana depan Airport Antarabangsa Madinah. bukit sangat banyak dekat Tanah Arab ni.

okay, continue the story pless~ hari first kami berangkat dalam kul 10 semua dah kena ada kat KLIA untuk check-in luggage, diri sendiri and passport semua lah bagai nak check nya. 

benda apalah sembang tu..kami happy sangat.hihi.

and so trip to Madinah-Mekah-Jeddah is brought to you by Itqan Travel handle by Ustaz Zawawi Yusoh . haha. ok mengarut. travel tour yang kami pilih ini sangat best dan inshaAllah berpatutan dengan harga seorang rm6000 and so on. 

hotel kami di Madinah, Andalusia Hotel

BUT! korang jangan set mind, mahal laa.. hem takde murah lagi ke? pergi tanah suci pun nak berkira ka? toksah lah. hang tau dak hotel kat sana jauh dia macam mana dengan masjid? meh aku bagitau, before nak pergi sana benda ni korang kena prepare :

1. Jarak hotel dengan masjid 

(sebab kalau boleh korang mesti nak solat 5 waktu kat masjid nabawi dan masjidil haram kan. Masjid Nabawi takpe hotel keliling banyak dan dekat, Masjidil Haram ni..dah buat pembesaran makin jauh lah hotel.)

2. tengok hang bawak sapa family ke kawan ke larat tak kalau dapat hotel yang jarak jauh sikit ni.

(berdasarkan hipotesis yang telah dilihat, semakin jauh hotel dengan masjid semakin murah trip itu. hehe)

3. pastikan ada muhrim ya, sebab pak arab sudah membuat syarat baru untuk buat umrah dan haji sekarang ini

4. prepare barang seperti ubat-ubatan, lipbalm (bibir kering), losyen (kulit kering, tumit kering) and so on barang2 umrah.

5. duit secukupnya.

(hangpa tau tak banyak godaan keliling masjid-masjd suci ini? haa.. especially madinah! godaan ini khas untuk wanita ya, penuh beraneka jualan kat situ! jaga-jaga~)


dua-dua pemandangan dari bilik aku, Masjid Nabawi :'(

itu antara preparation la yang aku ingat setakat ni. kalau ada tertinggal bagitau ya.

so sampai disana kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami. jarak hotel kami 250 meter dengan masjid Nabawi. dekat sangat and rugi tak habiskan sepenuh masa anda dengan baik di Masjid Nabawi itu. 

suasana perkarangan Masjid Nabawi

oh jangan lupa ya, duduk madinah orang dia baik sangat dan lembut. tapi mekah jaga ye, diorang agak kasaq hang tau dak! ok cerita mekah kemudian, lain chapter okay.

alhamdulillah dah check in bilik, (1 bilik 3 orang) kami terus solat zuhur berjemaah dekat masjid Nabawi. ya Allah, first time menapak kaki kat Masjid Nabawi..dalam hati bisik, Rasulullah dekat mana?. soalan itu bermain di mindaku..cewah. yela hang sampai madinah takkan nak tanya tempat makan nasi arab mana yang best? betui tak betui hang ni, jangan islam kat ic tau. huhu.

menara masjid Nabi

and then sangat kecewa sedikit sebab masa untuk ziarah makam Rasulullah dan sahabat serta Raudhah ada masa-masa tertentu bagi wanita. lelaki ANYTIME okay! korang laki pergi sana tiap-tiap malam pergi berkampung dekat Raudhah tu..mustajab sangat doa dan tenang je rasa dekat dengan makam Rasulullah.. hemm..sedih.. :'( 

okay, masa perempuan pula nak masuk ziarah makam Rasulullah dan Raudhah ialah lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isya' SAHAJA. ini kerana berlaku beberapa kejadian membabitkan wanita ekoran ada bid'ah2 dan juga kecurian sebelum ini. (tiba-tiba jadi berita kan. hehe)

pintu gerbang masuk masjid Nabi. 

so, alhamdulillah aku dan mak aku melawat masa lepas zuhur first time nak pergi juga ziarah tak kira apa pun rintangan melanda! ramai macam mana pun wanita nak ziarah masa tu, kami nekad kuat nak masuk. dan sampai je turn malaysia boleh melawat masuk, jejak kaki tu mata melilau mencari makam Rasulullah.. mana ni mana,, mak dah mula menitis air mata, aku pun terhidu bau yang sangat harum..lebih harun dari kasturi..



indah bau itu tidak dapat aku lupakan..sungguh terpesona. akhirnya aku pandang dari mana bau wangi itu datang. dari arah kiri ku, makam Rasulullah rupanya! subhanallah.. mengalir laju air mata macam sungai.. dan kebetulan pula atas karpet hijau (karpet hijau adalah menandakan itu kawasan Raudhah, manakala karpet merah yang lain dalam masjid Nabawi adalah kawasan biasa)

ya Allah tak tahula gembira masa tu nak gambarkan macam mana. rasa tak nak berganjak nak tidur makan beribadat je kat situ.. 


usai ziarah, mata mak aku merah sungguh, kami 2 beranak diam sampai hotel. seronok kat hati ni Allah je tahu..belum jumpa depan-depan Kekasih Allah, bau makan baginda sahaja dah harum. Allah.. 

itulah hari pertama sekaligus hari kedua aku kat sana. :')
to be continue,

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Saturday, August 24, 2013

Benar Tapi Pelik 1 : Saidina Umar Menulis Surat Kepada Sungai Nil

0 comments
  Semasa 'Amru bin al-'Ash menjadi gabenor islam di negara Mesir (doakan Mesir kembali aman) yang dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil. Sungai Nil merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh negara tersebut.

  Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat peribumi negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban (kira macam ritual la ni) dalam suatu tempoh untuk "penunggu" yang kononnya ditugaskan menjaga kepentingan mereka di Sungai Nil.

Kononnya juga dengan cara itu mereka akan mendapat kerberkatan rezeki.

  Mereka juga percaya bahawa "ibadah" korban menggunakan anak dara adalah paling elok dipilih dalam kalangan mereka itu penting, supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka.

  Apabila 'Amru bin al-'Ash r.a. menjadi pemimpin disitu, beliau telah berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut atas dasar prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut, bagi mengelakkan keadaan kemarau yang lebih teruk.




  'Amru bin al-'Ash segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah. Baginda memuji tindakan dan usaha gabenornya menghentikan amalan khurafat itu malah melaporkan segera kepada khalifah.

  Lalu Saidina Umar segera menghantar surat maklum balas bersama sepucuk surat lain dan meminta 'Amru supaya mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil. Sejurus 'Amru menerima surat daripada Saidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat lain, yang alamatnya "Buat Sungai Nil".

Isi kandungannya berbunyi:

Daripada hamba Allah, Amirul Mukminin Umar kepada Nil Mesir. Jika engkau mengalirkan kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa agar mengalirkanmu semula!

  Dengan karamah Saidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan yang syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya.




  Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Saidina Umar al-Khattab r.a.

Semoga kisah ini dapat memberi lebih banyak pengajaran dan hikmah seperti, 

Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan karamah seperti yang dikurniakan kepada Saidina Umar al-Khattab r.a.

dan juga

Pemimpin negara mestilah sedaya upaya membentuk sebuah negara yang diredhai oleh Allah SWT dengan membasmi segala kemungkaran.

moga diberi pengajaran kepada kita semua umat islam akhir zaman ini. wallahu'aklam.

sumber rujukan : "Benar Tapi Pelik" oleh Ustaz Zahazan Mohamed

kisah ini juga berdasarkan rujukan : Tafsir al-Qurtubiy dan Hasyiat ash-Shawiy'ala al-Jalalain, tafsirnya ayat 57-58 surah Asy-Syura'. Cerita lanjut seperti ini juga boleh diperolehi daripada 101 Kisah Dan Pengajaran Daripada Al-Quranm Hadis dan Hayatus Sahabah, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Terima kasih sudi baca entri ini
wslkm~

Thursday, August 22, 2013

Dua Dalam Satu

0 comments
Assalamualaikum Hi!

nanti bulan 11 aku dengan mak aku macam biasa anak-beranok kaki jalan tak reti bahasa duduk diam ni,haha. so we'll be heading to vietnam, HCMC. 

apa benda HCMC tu cik kak~ HCMC tu short form Ho Chi Minh City.. antara bandar besar dekat Vietnam. So sekarang ni kami anak-beranok ni dok kumpul fulus nak pi vietnam. inshaAllah moga Allah permudahkan dan sure la aku akan cerita update pasal vietnam nanti bila dah pergi. inshaAllah! :)


aku ni jenis tak reti jadi jeruk duduk rumah (tiba-tiba). aku suka berjalan tempat orang, sebab dari situ aku dapat belajar, ambil iktibar, reflect pada diri dan negara sendiri and the most important, melihat Kebesaran Allah. mashaAllah! 

and plus aku suka ambil gambar panorama yang Allah cipta. mashaAllah memang superb dan berbaloi lah melancong masa tu dalam hati. puas hati! lepas tu, ambil gambar sketch. 
'Paint your dream' okay.. trademark baru. haha.
sebab tu aku cerita kat blog supaya apa yang aku rasa, berjalan menikmati hirup udara negara orang, hidup diorang macam mana, negara diorang ada PATI tak macam kita..(ok tang PATI tu gurau. haha)



so habis cerita kenapa aku seorang kaki jalan.

sekarang teringat janji sumpah seranah yang aku tabur dulu nak cerita pasal Imam Gaza datang masjid An-Nur kat tempat tinggal aku masa Ramadhan haritu. ish.. teruk sungguh ingatan aku. haa. 12 Imam Gaza ni datang malaysia ada misi mereka untuk menyedarkan dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku di Palestin. 

*this is Imam Sheikh Islam D.B. Qanita, one of the 12 Gaza Imam*

sedih sangat cerita beliau, antaranya lebih 9000 wanita dan kanak-kanak terpenjara di Israel laknatullah..setiap hari ada kes tembak, rogol dan pelbagai 'aktiviti tidak berperikemanusiaan' yahudi dalam menghancurkan umat islam. Allah.. semoga iman kita semua dilindungi Allah~

*photo ayah with Imam Sheikh Islam D.B. Qanita*

dan ada juga cerita saat-saat genting ketika yahudi datang menyerang, dan juga bantuan dari Allah. subhanallah..jin islam pun ada yang berjihad disana. :')

inshaAllah moga kita semua dalam perlindunganNya. uolss jangan lupa! malam ni malam jumaat and tomorrow hari jumaat, raya mingguan kita okay.
penuhi dengan selawat banyak2, baca surah Al-Kahfi, Doa banyak2, sedekah and so on amal ibadat fardhu dan sunat .

here for uolss some Reminder :


besar gambar haa aku bagi korang baca. baik kenz? haha
so sebab tu tajuk entri aku letak Dua Dalam Satu. Satu entri 2 cerita. haha. (ok tak lawak. bye)

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)