Friday, September 27, 2013

Gemar ke Suka

0 comments
Assalamualaikum Hi

alhamdulillah baru-baru ni habis presentation praktikal last sem dekat uitm shah alam. Dr. Emma Nuraihan and others Dr. Prof. seua baik dan sporting and yet funny! suka sangat. tapi in individual talk la. dalamkelas tak tau la cane kan. Dr. Emma evaluate kejap je aku punya sistem. and she said okay done. boleh lulus dah ni. degree nanti nak amek IT ke? Allah~ promote kos dia lak ye. ahaha


apa lagi den pun cakap la, lecturer saya dulu cakap amek kos IT ni susah la nak minta kerja bidang apa company tak tahu kita major in what bla bla bla so on.. Dr. senyum (senyuman dia menakutkan) she said.. i dont think so degree IT susah dapat kerja.. i tak setuju dengan lecturer u. so dia cerita banyak jugak la pasal kos IT.. (since Dr. pensyarah kos IT kan. hehe)


and guess what den cakap apa kat Dr balik? Dr.. saya okay je nak amek IT inshaAllah tapi kalau boleh tak nak ada math. why?


sumpah seranah aku duk uitm jengka lagi sebab math la. sedih tau. gusar hati berpusar2 semua orang sambung degree, aku? masih kena pass subjek math aku yang tersangkut and alhamdulillah lepas semua. masa sekolah kemain math okay senang la bagai. coding inshaAllah boleh. math je macam errr..



masuk uni je terus math ke mana otak aku pun macam entah tak dapat berfikir. tapi apa pun inshaAllah degree kali ni tak nak main-main. serius. aku nak buat PJJ. mak aku mengharap sangat okay. rasa besar sangat tanggungjawab nak bawa harapan mak. wuu~ hihi. tapi kan coding pun macam err.. even kadang-kadang ada certain coding macam..


well! hahahaha. takpelah. itulah kerja aku dengan kawan yang lain kos komputer ni. inshaAllah nanti kalau ada rezeki, usaha doa Allah tolong. aku yakin Allah tolong. yakin yakin. (yakin sangat ni. keh3) 

aku percaya Allah akan makbulkan doa semua hamba-hambaNya.. cuma cepat atau lambat je supaya doa yang diminta itu dapat pada masa yang sesuwai~ ada orang doa nya dapat masa didunia. ada orang doanya Allah simpan kat untuk akhiratnya. Allah Maha Pemurah Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. so why not keep on dua to Him? 

(this. some reminder before ending)

saja je nak cerita petang gini. tak kena tajuk kan? kih3. well.. haha sudahlah sudah. habis~ (゚ヮ゚)

terima kasih sudi baca entri ini
wslkm!

Friday, September 20, 2013

Madinah : Chapter 3

0 comments
Assalamualaikum Hi

sebenarnya nak cerita bukit uhud dan bukit pemanah. tapi takpelah dah tersasur upload gambar lain la. ehem! back to the story of my umrah ya semua ya.. sambungan hari keempat and kelima. so, banyak jugak gambar nak tunjuk then continue lah. meh scroll ke bawah sikit..


jadi kawan-kawan, ini antara gambar-gambar pemandangan waktu malam dalam masjid Nabawi.



subhanallah! tantek angat en? gedik jeh. haha. cantik sangat malam-malam masjid Nabawi ni. terpesona sangat. :D



outside the masjid Nabawi. in front of the Gate Uthman. Sebenarnya kan, kamera tak boleh bawa masuk dalam masjid Nabawi for women only. men takpe. sedih tau. nak jeh cakap kat mak arab tu, y u said no camera to women while men it's okay! awat bahasa omputeh aku macam 9gag? ish. hasutan. 



tapi sebenarnya memang perempuan banyak kes la kat sana. sampai macam-macam peraturan perempuan kena patuhi. ada bid'ah ada kes mencuri and so on on. sedih kan? hem. nak ziarah makam Nabi pun ada time nye. kamera handphone takleh bawa masuk dalam masjid. sedih tau dapat tau semua ni. sapa-sapa tolong pi belikan tissue PREMIER satu. 



keluar masjid je..hah. ni.. godaan nombor sifar lepas keluar dari masjid. ya Allah, korang pergi sini, beli lah cepat2 kalau nak beli and lari tau kalau ada polis datang jenguk. sebab diorang akan lari lintang pukang beliung kalau polis datang sergah. haha. biasala, cari rezeki. mana ade pree. hee


suasana petang di madinah yang mana ketika itu sedang hujan. Allahu akbar..rahmat turun di Madinah untuk pertama kali pada tahun 2012 itu. terasa sangat rahmat. :) kat malaysia biasa je. kat sini macam fairytale tau hujan turun. hiperbola tak? hee. tapi hujan dia sakit sikit. macam jarum kalau kena kulit. hehe

so by tomorrow kami pergi melawat kilang pencetakan Al-Quran terbesar kat dunia yang boleh menghasilkan lebih sejuta naskhah Al-Quran dalam setahun!
mashaaa-Allah~ banyak tu jemah. daebak sungguh.


signboard kat kilang tu. 



okay dah masuk takyah beratur. lepas masuk je ramai pulak la embak indon mai. (tengok kat cermin rak tu betul2) tengok telekung diorang dah boleh detect. haha. :)



comel kan pak arab ni. putih je. lembut pulak tu. orang Madinah semua baik-baik lembut-lembut. i wonder how was zaman Rasulullah dulu kan? :')



sorry. aku amek gambar Quran tu sebenarnya. bukan pak arab tu. tapi 2 in 1 lah. yang ni zoom sikit. haha. :3


tengok masa kami keluar nak pi tempat lain. orang ramai beratur. panjang sangat. alhamdulillah sangaaaat kami mai awal. hihi. kelebihan travel Ustaz Zawawi Yusoh ye..boleh masuk dalam list kalau nak pi umrah. pi dengan dia tau. banyaaaaaaak sangat ilmu dan tempat-tempat ziarah dan sejarah yang best. 



ini nak tengok dalam kilang tu. tengok, orang laki je boleh masuk ni, perempuan kat kedai Quran tadi je. and laki kalau masuk depa bagi Quran free satu setiap sorang. kalau berumur dia bagi Quran besar sikit, muda kasi Quran kecil je. gaahhhh~ perempuan tak boleh masuk. sob. ada sesape tadi dah beli tissue PREMIER tadi?


now, kami pergi tempat dimana orang yahudi madinah berkampung masa zaman Rasulullah dulu. dia yang bernama Kaab ibn Asyraf ialah ketua orang yahudi disitu. seriously, dia ni sangat lah jahat. yahudi kan. Allah dah kata dalam Quran Allah laknat orang yahudi ni. 


and here is dimana tempat dulu si kaab tu tinggal dengan isteri-isterinya dan pengikutnya. masih ada lagi ya telaga mereka guna.



dan ini rumah dia. nampak tu. bersejarah kan? kuasa Allah nak bagi pengajaran buat kita umat akhir zaman. tapi tak boleh masuk tempat ni. polis madinah larang sebab takut ada buat perkara2 bid'ah atau perkara2 yang boleh melanggar hukum hakam islam.

next is Jabal Burqan, means bukit terbakar. salah satu tanda-tanda kiamat. kenapa?


bila bukit ini terbakar, maka hampirlah kiamat berdasarkan hadis baginda mengenai bukit di hujung madinah akan terbakar suatu ketika maka kiamat sedang menghampiri. bukit ini terbakar kira-kira 150 tahun dahulu.



batu-batu bukit ini ringan je. macam pegang bulu pelepah burung. ringannya subhanallah.


peringatan untuk diri ini khususnya dan semua. kiamat sedang menghampiri, dunia kian dikejari, ajal menjengah setiap hari, manusia semakin lalai. jom baca perkara yang menaikkan iman. promote tumblr jap. boleh tengok gambar2 islami best kat tumblr ku. haha. 

then seterusnya kami singgah masjid Qiblatain. means masjid 2 Qiblat. :)


ini antara gambar-gambar luar masjid ini. putih je. :)



apa sejarah masjid ini? okay, dulu qiblat pertama kita ialah Masjidil al-Aqsa di Palestin tu. satu hari baginda Rasulullah solat di masjid ini dengan para sahabat semuanya. maaf tak ingat waktu bila baginda dan sahabat-sahabat solat tapi



masa tu tahiyyat akhir. masa nak bagi salam, baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril a.s. dengan membawa wahyu perintah dari Allah qiblat tukar ke arah masjidil Haram di Mekah sekarang.



baginda lantas tukar posisinya 180 darjah ke belakang. sahabat semua pelik dan semua ikut baginda tanpa banyak soal. usai solat, barulah sahabat tanya kenapa tukar qiblat. baginda pun cerita kenapa.



sebenarnya, orang yahudi diorang punya 'qiblat' pun dekat masjidil al-Aqsa, tapi maha suci Allah, Allah tukar qiblat umat islam ke masjidil haram untuk membezakan kita dengan orang yahudi laknatullah. ini juga kerana orang yahudi mencerca baginda sebab ajaran yang Rasulullah bawa ini mempunyai qiblat yang sama dengan mereka. 



wallahu'aklam. itulah ceritanya..kalau ada salah silap mohon betulkan. okayh? :)



sekian penceritaan malam ini. banyak kan gambar? rasanya entri ni lah paling panjang cerita. hehe. jadi, sampei jumpa lagi next entri. ilalliqa' maasalamah! end chapter 3 Madinah.


terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Saturday, September 14, 2013

Madinah : Chapter 2

0 comments
Assalamualaikum Hi

salam khabar baik semua. aku nak sambung cerita kat Madinah ni. terhegeh-hegeh sangat kan aku nak cerita ni. haha. maklumlah pergi tahun lepas, tahun ni nak cerita. bijak sangat khen. haha. okay semuasss, here's the photo to see,


ini antara suasana perkarangan Masjid Nabawi. cantik kan payung tu? harga sebatang payung di Masjid Nabi ini bernilai 1.4M USD. 
mahalkan? takpe mahal berguna untuk semua orang takpe. hebat sungguh engineer yang naik taraf Masjid Nabawi ni. payung saje dah cukup gah.
:D
so the next day kami pergi melawat ladang kurmaaa~
seriously, semua orang memborong kurma okay kat situ. kejap lagi den tunjuk gambo nye eh.


so ini on the way pergi ladang kurma. dalam bas. setiap masa ambil gambar tau tak sampai senget bengetz. maklum la masa tu pakai handphone biasa je.. sony ericsson T707. apalah sangat gambar. tapi memori kot. aku ambil semua tau! rakam pun hada! :D


alhamdulillah adik2 inilah kedai yang menjual segala jenih-jenih kurma! banyak sangat! ya Allah seriously kebanyakan orang dah borong tapi do't worry stock masih ada. hihi

tapi kanz, for your information, kurma berbuah 2x setiap tahun tau. tapi diah berbuah lebat dan banyak. jangan risau. ;)


here is their farm. orait, macam kelapa sawit kan? tolonglah cakap ya sebab memang ya tau! mashaAllah kulit pokok, batang pokok, daun semuanya sama okay yang berbeza hanyalah BUAH yang dikeluarkan oleh pokok-pokok itu.
hebat sungguh Allah. meh sebut subhanallah.


see that see? samakan daun mereka? maksud aku mereka tu pokok kelapa sawit and pokok kurma. gitu.


zoom sikit pakai kamera ayah. ayah beli kamera baru kot semata nak pi umrah ni. kamera nikon gitu. haha. tangkai tu sedang berbuah. kecil lagi. kurma masih baby lagi time ni. hihi


okay, photo ini ialah air mineral. air galian ASLI ORIGINAL punya from Madinah. rasa macam payau sikit la. sebab asli dari tanah Madinah :')


second photo. air ni free je. jangan malu jangan segang. ambil la botol besar tangki air rumah taman korang pun amek lah, pak arab tak kisah dan inshaAllah banyak dan percuma untuk semua! haha  


nampak tak semua sedang memborong memilih mencari dan membeli tu? banyak sungguh jualannya. bukan kurma je. ada juga produk2 lain dijual. semuanya dijual dengan harga yang berpatutan. kalau borong tu, kawtim2 la dengan cashier ye yop. hihi


sorry gambar blur, maklum la camera 3MP..hihi! antara kurma-kura dijual, kurma anbar, kurma ajwa (kurma kegemaran Nabi) dan many more lah. semuanya ada. kecil besar ibu jari semua ada. haha :)


selesai sudah penggambaran di ladang kurma. eceh! next to the Jabal Uhud dan Jabal Rummah (Bukit Uhud dan Bukit Pemanah). ingat kan kisah peperangan uhud yang 70 orang shuhada' gugur ? orait aku positif kan diri semua orang tahu ni. umat islam pasti boleh! hehe 

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~

Saturday, September 7, 2013

7 Mata

0 comments
Asslamualaikum Hi

salam semua readers. (bajet ramai baca kenz. haha) -.- 
so! before ni ada orang review blog aku kat blog dia. thanks a lot adik Adik Shahirah Ismail , blog akak ni (btw, cantik nombor 1111 tu ye. haha) takde apapun just anything about knowledge either agama or travel or lain-lain update je kat blog ini. tapi memandangkan diri ni seorang kaki jalan so travel story la a lot. whatever entry pun still, it's my randomness. haha 



back to the story, sekarang aku nak update pasal 7 mata yang dicintai oleh Allah. kali ni tiada harapan palsu lagi. i kept my word. kan kan. 

the 7 Eyes That Allah Loves :

  • Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah SWT
  • Mata yang berjaga malam di jalan Allah
  • Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah
  • Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah
  • Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram
  • Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang
  • Mata yang memandang dan membaca Al-Quran mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan
seriously, senang. tapi. nak buat tu punya payah. kan kan? jangan cakap oranglah aku ni (sedar diri), susah hamat nak buat especially bangun malam. ya Allah bulan puasa kemain kau rajin semangat cari malam yang disebut oleh Allah malam itu lebih baik dari seribu bulan, Lailatul Qadar. 



dah habis bulan puasa habis terus bangun malam. -..- nampak tak pemalas aku ni? haha. astaghfirullah! see. aku ni pun orang biasa juga. jangan tengok entri aku semua pasal agama cop aku ustazah. hahaha. aku pun tak lalai dari buat dosa. tapi sentiasa berusaha untuk tidak lalai dari mengingati Allah SWT. kita dicipta untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah



memetik kata-kata UAI, "orang yang tak solat lebih jahat daripada syaitan." Firaun pun sama lebih teruk dari syaitan. Syaitan cuma kata tak nak sembah Nabi Adam bukannya Allah. see the point? get it?

bahaya betul ni. boleh rosak iman dengan akidah. na'uzubillah. ingat-ingat semua, yang paling hampir dengan kita ajal. 



buat la apa-apa yang anda perlu buat dan nak buat asalkan tidak lalai dari mengingati Allah. dengar lagu, baca majalah, tengok movie go on but with condition, jangan lupa Allah. :)

tengok habis semua aku mengait-kait kan. haha. takpe advice untuk diri sendiri and semua sekali. baik kan iolss? tehee~



jadi itu sahaja lah knowledge that i wanted to share, hope you remind this and anything mistake i did, please TEGUR. hoho. and plus, saja taip 7 mata tu memandangkan rajin puleks, sebenarnya ada gambar. hihi

here the photo~

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Sunday, September 1, 2013

Antara Tanda-Tanda...

0 comments
Assalamualaikum Hi

salam 1 september. (tiba-tiba) malam ni rasa segar nak update. before ni aku ade tweet nak update pasal 7 mata yang Allah cinta. kau tengok, aku tabur harapan palsu lagi. haha. tapi entri ni pun ilmiah juga. cuma lain tajuk sikit la. sikit je. lepas ni betul update pasal 7 mata tu. 



kurang guna sungguh aku ni. haha. -.- ok betul! lepas ni aku update. inshaAllah kalau umur panjang. hihi

jadinya, kembali kepada tajuk yang tersangkut tadi, antara tanda-tanda yang nak di-share ialah Tanda-Tanda Akhir Zaman.

berikut merupakan perkongsian Sheikh Nazrul Nasir tentang tanda-tanda itu :

  1. Solat dipandang remeh 
  2. Buat apa sahaja mengikut nafsu
  3. Mentakwimkan (memuiakan) orang kaya
  4. Zakat menjadi berat untuk bayar
  5. Cukai dikutip daripada rakyat dan dibahagikan kepada kroni
  6. Orang penipu dianggap benar. Orang benar dituduh penipu
  7. Akan bercakap golongan ruwaibidhah, orang yang bercakap sesuatu sedangkan dia bukan ahlinya
  8. Al-Quran akan hilang dan yang tinggal hanyalah tulisan
  9. Al-Quran dihias dengan emas. (buat hantaran dan lain2)
  10. Banyak umat Baginda yang lelaki menjadi gemuk
  11. Pemimpin dilantik daripada kalangan hamba
  12. Kanak-kanak beri khutbah
  13. Masjid dihias seperti gereja
  14. Mimbar ditinggikan
  15. Umat islam akan menjadi banyak tetapi saling membenci
  16. Mukmin ketika itu lebih hina daripada hamba
  17. Gay dan lesbian berleluasa
  18. Orang tua naik syahwat melihat kanak-kanak
  19. Pemimpin fasik dan menteri-menteri banyak buat jenayah
  20. Ada orang berbadan manusia tapi hati iblis. Dia tidak hormat pada orang tua dan tidak kasih pada kanak-kanak.
ada faham itu senarai? na'uzubillah half of the list dah banyak terjadi kan? hem. ramai orang baca benda macam ni akan jadi takut dan insaf UNTUK SEKETIKA SAHAJA. perasan tak? 



kita ni manusia, kena selalu ada orang ingatkan dan tegur anytime anywhere anyone because mati itu anytime. 



kan?

sekarang ni kan banyak aplikasi macam whatsapp, wechat, takpun paling common Facebook. cuba update selalu pasal benda macam ni. taklah kelalaian kelencongan.. tak gituh uolss? haha



inshaAllah umat islam pasti boleh. doa banyak-banyak pada Allah semoga tak menyimpang menyimpuh iman ni. mahal tau iman ni.. mana boleh beli kat market aci tepi jalan tu. dari lahir Allah dah bagi nikmat islam. syukur tak? alhamdulillah.



orang yang taknak berdoa malas berdoa Allah cop orang macam ni sombong. ya Allah! hang suka orang kata hang sombong? takkan. ni kan pula Allah SWT. Maha Agung Maha Kaya. kita apa ada. nak kua RM1 sedekah pun  terketaq-ketaq tangan. hem. sedikit ayat Al-Quran, here :


p/s: Klik gambo please untuk besarkan

ok done! sampai disini sahaja bicara kita malam ni. nantikan minggu hadapan dengan tajuk 7 mata yang dicintai Allah jam 10 malam hari isnin. 
(haha. aku bajet jadi pengacara lah khonon nyeh)

inshaAllah akan update tajuk tu. tapi bukan hari tu la. hahaha

terima kasih sudi baca entri ini,
wslkm~