Thursday, January 24, 2013

Travelogue : Australia - Perth's Zoo

0 comments
Assalamu'alaykum and Hi!

hahahaiii anda semua. (selekehnya mukadimah aku) heh~ ok ok entri ni pula travel next place at aussie. yep, it is Perth's Zoo. best zoo ni daripada Malaysia first of all is sampah takde langsung! and ada mr.Kanggaroo, Koala, Tasmanian Devil~ Malaysia hado? hehe
ok bukak album Perth Zoo *buka album*


*ok signboard nak masuk dalam wetlands*

first jalan-jalan kat tasik yang mana kat situ ada Pelican's bird. burung tu besar kot. 


*see those pelican! panjang betul paruh. sekali patuk, berlubang sel kulit.HAHA*

jalan lagi punya jalan dalam tu jumpa pula kanggaroo pokok ataupun dikenali sebagai tree kanggaroo oleh australians. 


*ahah! this is tree kanggaroo! tidur pulak 2 ekor ni. check out their tail!*

masa jalan dalam tu ada nampak burung emu. emu ke nama dia? lupalah nama dia apa tapi lebih kurang lah kot *spoil diri sendiri, baru nak jadi speaker zoo jap* tapi nah lah tengok sendiri! HAHA


*hah? emu kan? tak tau la korang panggil apa..HAHA*

dahla masa jalan kat sini tengah hari dah pun. panas dia berangin la jugak biasala negara dia kan negara pulau. so angin pantai tu selalu datang~ lepas solat zuhur kat satu tempat dalam zoo tu *biasanya orang solat kt taman la* sambung balik jalan. and by the way, gambar dalam ni random je tau upload. ada lagi tapi tak larat lah nak cerita. cerita yang takde kat malaysia je. hikhok! jom sambung gambar seterusnya!



*ok did u see that guy? nama dia ni meerkat manor. comel x? HAHA*

meerkat manor ni sangat sweet+caring. sebab apa? because this guy really caring about their family or in other word they really care about their species. meerkat ni comel tang bila diorang ni berdiri je. nampak osem kot. haha. inilah dinamakan keagungan Allah mencipta perlbagai spesis haiwan. macam-macam ada. hehe. next station is mr kanggaroo yang comel ni. puas hati lah dapat pegang kanggaroo. alhamdulillah! haha



*fuh, relax je mr.kanggaroo ni sebelum kena tarik ekor dengan aku. HAHA*



*bangun terus lepas kena paksa lompat dgn kami. kesian dia*

at the end dia tak lompat pun sebab kaki dia sakit. :( poor little guy..patut la dia baring je. sorry cute guy! bulu dia lembut kot! comel je dia lompat rendah sikit dari kebiasaan dia lompat. hihi. continue to the next animal please! what we have here? oh there is mr.koala!! 



*nampak tak? tidur je tau awk ni. dtg jauh2 nak tgk dia, dia tidur lak. isk3*

masa tengah pusing-pusing tengok si kuat tidur ni, on the spot, ada zoo keeper tengah cerita fakta tentang koala ni dekat budak-budak primary school yang masa tu tengah buat lawatan sambil belajar dalam zoo itu. 

antara yang saya dapat, koala adalah sejenis binatang paling cerewet dalam memilih makanannya especially daun yang dia selalu kunyah tu tak ingat nama daun tu tapi sangat cerewet dan beliau ini tidur 23 jam dalam sehari and sejam yang lebih itu dia makan. hamboi kau~ over tau koala ni! patut gemuk comel je! *tenyeh gambar sebab geram.HAHA* 

on the other side pulak berdekatan dengan si kuat tidur yang comel ni ada tasmanian devil! ape bende pulak itu? haa~ ini gambarnya 



*masa ni tasmanian devil tengah ke hulu ke hilir entah kenapa tak tau.HAHA*

nak cerita si bulu hitam ni pun takde sumber nak ceghito..bolehla tanya mr.google..semua dia tahu. google 'Tasmanian Devil Info' ok?! by the way, antara yang paling tak boleh blah kawasan kurungan haiwan dalam zoo ni ialah orang-utan. -,- yes orang-utan yang macam Malaysia ado ni. ok let's see the picture here,



*check out their towers to hang on! *bukak mata pandang atas**

hehe,  hebatlah orang putih ni bina menara kat orang utan ni. memang 'orang'lah! kekeke. dahla tinggi, kat atas tu pulak dah macam bilik diorang nak tidur lak. HAHA. comel je. 

ok, my job story telling about Perth's Zoo is done. alhamdulillah finally so far so good and you have to go there even once! if you arrive aussie ok! i bet you will never regret. it's the best! tapi kalau kecewa tak best boleh pergi mana-mana zoo yang ada area western australia ok..semua zoo sama sahaja sebenarnya depend on the zoo best or else. itu saja!
jumpa lagi.

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam
;)

Saturday, January 12, 2013

Travelogue : Australia - Fremantle

0 comments
Assalamualaikum Hi

continue to the Fremantle town at the top of Perth city. ok dekat Fremantle ni ada macam-macam souvenir yang amat superb da bomb harganya! murah lah juga kalau nak dibandingkan dengan Perth City tu perrr mahalnya..huu~ biasalah rate dia tinggi semua benda tinggi. hah. apa yang menarik disini pula? 


*Train transit from Perth City*

well, bandar ni menarik dengan kota-kota lama. banyak sangat kat situ.. sampai tak larat nak berpusing-pusing. banyak sangat kedai souvenir yang letak harga yang sangat menjolokkan mata eyh. seronok tengok souvenir kat negara orang ni. unik dan walaupun still same in Malaysia their souvenir..you know what? MADE IN CHINA! -_-


*one of the market a long the road in the Fremantle*

yelah, normal dah barang yang ada chop made in china tu..dah lali dah muntah tengok mana-mana tempat even souvenir kat Perth City punya megamall yang besaq gedabak tu pun barang dia made in china. HAHA. ok lupakan. and alhamdulillah kami beli souvenir di kedai yang paling murah harga dia berbanding kedai-kedai yang lain di Fremantle ni. lega. adalah jugak cenderahati buat yang tersayang di Malaysia. *bukan bf, aku takdak bf*


*the biggest market in Fremantle*

masa jalan-jalan dalam market besau seperti yang telah tertera dalam gambo di atas ini, kami jumpa kacang yang rasa dia manis+pedas yang hamat! wow da bomb la kacang dia unik kot. pandai diorang gabungkan2 makanan macam tu. tapi still tak setanding dengan Malaysia punya makanan! HAHA


*ni gambo dimana mereka menjual kapal layar*

ok, gamba kat atas ni saja letak dan nak bagitahu yang diorang ni jual kapal layar banyak dari kereta or motor. kaya yang hamat diorang ni, satu kapal dah dekat 1.4M kot~~~ dahla diorang ni 1 dollar australia = RM3 malaysia kot. tak tau lah kalau rate sekarang dah naik ke haper tapi tu yang tak tahan tengok tu yang kapal mahal macam harga rumah banglo kat malaysia. -_- err..terketar-ketar tangan nak beli kalau den. hem. takpelah, biar kita kaya dunia akhirat, jangan kaya dunia miskin akhirat, kan? ;)

so, sampai disini sahaja..next entry will be next destination in aussie in shaa Allah.

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)

Friday, January 11, 2013

Library Ain't For Date

0 comments
Assalamu'alaykum Hi! :)

siapa rajin pergi library? either library luar or library dalam rumah sendiri mungkin? bukan nak kata apa, tapi library sekarang ni dah macam tempat dating dan bukannya sebagai tempat nak study or menelaah buku. isn't that rite korang?
yelah~ sapalah suka kan pergi library nampak beberapa pasang couple datang nak date, buku tutup je kat tepi tu then buat benda selain daripada setadi? ha? 


pergi library nampak couple kat sebelah online faceBOOK bukannya buka BOOK pon. Aik..ingatkan study kot. Den pun kadang-kadang tak tahan tengok. -_-' kalau mereka ni study takpe lah..ni sebaliknya..haish~ aku tau la aku takdak sapa kan tapi bukan nak kata aku lejes ke hape tapi kalau dah sampai tangkap leleh tu over dah tu brother.. -___-"

kalau nak dating depan pejabat mufti la, *nohorom diorang nak dating depan tu. HAHA* oh! dating=berdua ok. saja je nak habaq mai tadi tu. HAHA.. kalau boleh biarlah ada orang ketiga..kawan perempuan ke teman lah..jangan pihak ketiga tu syaiton.. ok? :O

dialog diorang pulak yang tak tahan tu mesti ada statement gedik SIKET..sikit la..tolong lah jangan buat dalam library..sakit telinga woo dengar..nak study pun tak khusyu'.. :(

jadinya, sila dating tempat lain konklusi nak cakap kat sini..AHAH. sila ya sila..library=bukan tempat dating!
dan wallahu'aklam jika terkasar bahasa mintak ampun kak, mintak maap~
peace no war~ saja nak tegur suh dating tempat lain dari library tu ja..HOHO
*ter-emo sambil menaip entri nih. bahasa KASAQ sket , sorry*

terima kasih sudi baca entri inih!
wassalam~
;)

The Critician's

0 comments
Assalamu'alaykum Hi :)

alhamdulillah segala puji bagi Allah, tapi saya bukan nak marah kepada para pengkritik sebab kritik or else..tapi nak cakaplah yang para pengkritik ada yang baik dan ada yang sebaliknya..dah kalau orang itu minat yang tidak berkaitan dengan islam tapi alhamdulillah islamnya ok dan juga tidak melalaikan dia daripada mengingati Allah apa salahnya? berdosa ke? *sila jawab siapa tahu dan rasa dirinya betul >;)*

so why not we critic with the good thing and bukannya dengan perli orang itu dengan kejahilannya..nilah manusia kadang-kadang sentiasa ada sahaja perasaan tidak puas hati. bukan nak kata mereka ni tak baik, baik..tapi tegurlah cara berhemah..semua orang sedang berubah cuma ke arah baik atau  sebaliknya sahaja..

biasalah kita hamba Allah melakukan kesilapan..saya minta maaf la kalau saya ni 'selak korea' or whatever but it's just sampingan bagi saya dalam dunia ini.. dan saya letakkan korea tu 2% je dr 100% kehidupan di dunia saya. sebab saya yakin mati itu pasti datang.. 

saya nak berterima kasih kepada para pengkritikan kerana saya percaya pada suatu kata professor "yang dikritik itu lebih berjaya daripada pengkritik kerana dengan kritkan itulah si dikritik belajar kesilapan daripada pengkritik itu."
maaf ianya memang hakikat dan 96% betul katanya.

again apologize semua orang yang rasa saya ni mungkin tak layak nak'kongsi ilmu agama' sebab saya ni gila korea ke tak betul ke and so on..saya share apa yang saya baca supaya siapa yang tak beli buku or tak mampu beli buku tu tahu tentangnya. saya tak nak lah saya tahu sorang. nanti kedekut ilmu pula..

so sampai disini sahaja..maaf sekali lagi, saya tidak sempurna dan juga saya masih sedang dalam proses berubah. bukan semua insan sempurna. tak perlu perli dalam menegur saudara muslim yang lain, sebab Nabi tak pernah ajar kita perli dalam menegur sesama saudara muslimin.. :)

salam saiyidul ayyam.. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim..

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)

Wednesday, January 9, 2013

Belajar Sirah, Apa Kelebihannya?

0 comments
Assalamu'alaykum Hi! :)

alhamdulillah, sekali lagi entri ber-ilmiah yang ingin dikongsi. Yes by noticing my topic it's about sirah and you have to read it kenapa anda perlu tahu kelebihan menghayati dan mempelajari sirah-sirah nabi supaya anda tidak baca sirah nabi sekadar KOSONG sahaja! orang kata tak kenal maka tak cinta..tak gitu? ;)



well, here is it manfaat mempelajari sirah nabi :-

1. Beriman kepada rasul - hayati sirah nabi kerana kajian sirah melengkapkan kefahaman kita tentang akidah. Beriman kepada rasul menuntut supaya kita lebih memahami maklumat-maklumat diri Baginda S.A.W. Melalui sirah kita dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah agar dapat menguatkan dan menambahkan iman kita~



2. Role Model - Dengan menghayati sirah, kita dapat menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dan teladan paling utama dalam setiap aspek kehidupan tanpa rasa ragu-ragu dan syak wasangka. Kalau manusia mencari seseorang yang boleh jadi role model lengkap dalam setiap aspek kehidupan kita, mereka tidak akan menjumpainya melainkan ia wujud dalam diri Nabi Muhammad S.A.W.
Allah telah menyifatkan Baginda sebagai qudwah hasanah (contoh teladan) bagi seluruh umat manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik."



3. Faham al-Quran dan Hadis - Penghayatan sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci al-Quran kerana didalamnya banyak menceritakan kejadian dan peristiwa yang telah dialami oleh Rasulullah. :'(
Banyak ayat al-Quran dan hadis mampu ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa tersebut untuk dijadikan dalil yang konkrit untuk hukum-hukum islam dalam menetapkan pelbagai aspek kehidupan.
Malah ia tidak terkeluar daripada batasan kemanusiaan dan tidak bercampur dengan cerita dongeng yang direka-reka. 



4. Hukum-Hakam - Banyak maklumat yang tepat berkaitan pengetahuan islam yang meliputi setiap aspek berkaitan akidah, hukum-hakam, akhlak dan sebagainya dapat dikumpulkan. Ini kerana ia sejarah yang paling besar dan sahih, tanpa sedikit pun keraguan padanya berbanding sejarah nabi-nabi yang pernah diutus yang dicemari oleh unsur isra'iliyat dan penyelewengan fakta oleh musuh islam.

5. Tanda Cinta - Mempelajari sirah Nabi amat penting sebagai bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah. Semakin banyak bukti dan tanda tersebut, maka semakin tinggi dan sempurna kecintaanseseorang kepada Rasulullah.
Rasa cinta dibuktikan dengan mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda. Selain itu, ucapkanlah selawat dan salam kepada Baginda, berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengannya walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Source From : Majalah Gen-Q, isu 15. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd.



dan akhirnya..apa reaksi anda? tepuklah dada tanya iman..minat perkara yang tidak berkaitan dengan islam pun minat lah juga tapi jangan sampai bekalan akhirat bersama Baginda, hanyalah kosong~ Rasulullah nak masuk syurga bersama kita semua umatnya, kalau ramai masuk neraka sedih baginda tunggu depan pintu syurga nak masuk bersama-sama kita..tak kasihan ke? :'(
dahla anda semua..saya tak mahu emosi lebih-lebih..anda boleh fikir sendiri kalau dunia anda macam sekarang ni, akhirat macam mana anda kat dunia. kejar dunia, akhirat ditinggalkan. Allahu robbi..
renungkan.
terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam ~
;)

Tuesday, January 8, 2013

alamak Korea ♥ ?

0 comments
Assalamu'alaykum Hi! :)

well, well, well...amira..kau ni dah mulalah tu nak ber-K-Pop balik..senjak due menjak bermenjak-menjak ni kan..dengar lagu k-pop mula teringat masa zaman sekolah teknik dulu, sharing dengan akak senior and member-member pasal k-pop ni. nampak entri kali ni macam mengarut sikit tapi it's a fact yang memang saya minat k-pop but not the hard die fan one ye? just suka dengan rentak muzik dia and bila diorang k-pop ni joget-joget. yang muka jambu tak minatlah, muka macam G-Dragon, Minho SHINee atau Wooyoung 2PM layan lah! ihikss! *ok, ter-gedik, lepang muka sendiri*



ok dah sedar balik.. -_- by the way! sekarang ni minat sekadar sementara sahaja..tidak over dan tidak juga terus  lupa. first minat tahap melangit kot! dulu la masa kat sekolah, drama korea habis semua layan lah. memang dah macam physcho pun ada! *sadis betul* HAHA. yelah, kalau dah minat bunga tahi ayam pun nampak macam bunga ros! bhahah. ok lupakan. 



and lepas habis last sem ni dalam bulan 4 gitu, nak pergi korea dengan mak dalam 21st april. in shaa Allah..pergi dengan abang Halim (penyanyi nasyid kumpulan Devotees) seriously cakap dekat mak, Mak sungguh ke mak nak pergi ni?! mata dah bercahaya sampai ke hujung dunia.. -_- *over lah aku ni* mak pun kata, Yelah kau ingat mak main-main ke? dah bayar deposit dah kat Halim. *dalam hati ada cinta taman kumbang bagai dah masa tu* in shaa Allah bakal terbang ke negara winter sonata tu. doakan ;)


well, ending here now..den akan ceghito pada anda semua nanti ya, and snap gambar sebanyak yang mungkin, kalau dah sampai sana laa~ kekeke~ kalau jumpa GD, minho or wooyoung kat sana lagi excellent kot! *berangan, tapi mintak-mintak laaa~* HAHA. 
so here i put Big Bang song while u reading this entri!
*best lagu ni~ kejap lagi ada la tu yang download.HAHA*
enjoy korang!

wassalam~
;)

Qunut Nazilah : Apa Kelebihan & Kepentingnya?

0 comments
Assalamualaikum Hi

Berkenaan dengan tajuk sudah pasti anda familiar dengan nama doa ini. Ye qunut nazilah ialah doa kebaikan(kemenangan) bagi kaum muslimin sekaligus mendoakan kebinasaan kaum kafir. Doa ini sangat sesuai kita baca agar Israel (yahudi) binasa suatu hari nanti atas kekejaman mereka ke atas saudara tercinta kita, Palestin atau Gaza.

Doa qunut ada tiga macam. Pertama, doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku’ (i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti bencana alam, selsema burung dan lainnya.


Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra’ (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur’an) di sumur Ma’unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahawa “Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka beliau doa qunut setelah ruku’ (HR. Bukhori dan Ahmad).


Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku’ pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku’. Menurut Pengikut Imam Syafi’i (syafi’iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku’ pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka’at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahwa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus dengan ijma’ sebagaiman diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud :

“Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Bahwa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya.” (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik (Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah. Begitu juga menurut Syafi’iyyah hukumnya sunnah ab’adl (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka’at yang kedua solat Subuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku’ (i’tidal) pada rakaat kedua solat Subuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu “Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)”. (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu’nya :

“Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi’i) disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik karena ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat mayoritas ulma’ salaf”. (al-Majmu’, juz 1 : 504)

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadis, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis sahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab’adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam. 

Wallahu a’lam.

Doa Qunut Nazilah :



*click gambo untuk besarkan ok? TQ*

moga sentiasa diamalkan agar kejayaan kaum muslimin dari dunia hingga akhirat in shaa Allah allahumma ameen..

terima kasih sudi baca entri ini
wassalam~

Travelogue : Australia - King's Park, Perth

0 comments
Asslaamu'alaykum Hi! :)


Once upon a day, saya jalan-jalan at King's Park. King's Park ialah salah sebuah taman yang terbesar yang mempunyai taman botani dan taman rekreasi di dalamnya. Ok apa yang bestnya King's Park ni? sebab dia besar je? bukan~ bestnya King's Park ni untuk mereka yang sukakan kepada KETENANGAN dan SANTAI~ 
well, memang look kinda boring sikit, tapi mat saleh ni memang sukakan exercise sebab bagi mereka exercise itu gaya hidup mereka yang sihat! yelah kalau korang ada kat sana, mereka ni pergi kerja pagi-pagi naik basikal, naik subway, naik bas dan amat sedikit sekali mereka yang pergi kerja menaiki motor. And petang pula, balik kerja terus jog, jalan-jalan, lari anak turun naik tangga, cycling dan pelbagai aktiviti lagilah mereka ni lakukan setiap hari! 



*bergambor bersamo itik genbo-genbo, ayam? tarak~HAHA*

jalan dengan mak satu hari saja dalam King's Park tu, puas lah hati kitorang sebab ada uncle cab/teksi hantar sampai subway masa kitorang sampai Perth tu, and uncle tu sangat sporting and kinda funny la. mungkin sebab dia banyak cakap and sporting  dan dan dan yang paling penting dia bagi tambang teksi yang memang tak boleh bla dan didapati daripada uncle teksi yang lain-lain yang hanya nampak duit dari keselesaan customer! -_- *ouch..termarah, astaghfirullah..sorry. hihi* 
anyways, uncle cerita King's Park ni memang best, free of charge, bersih dan memang tourist selalulah kunjung kalau singgah Perth. dan hasilnya tidak mengecewakan kami. best bagi saya sebab dapat tengok hasil tanaman orang asli di amerika dolu-dolu and plus hasil tanaman mereka yang cantik-cantik bunganya dan kesedikitan kepelikan....dahla tak tahu nama, jumpa-jumpa je bunga tu terus snap bagai dengan mak. HAHA. err~ -_-



*cube teka nama pokok ni? BOTTLE TREE! pokok ni gemuk+obes! ksian.HAHA*

dahla jalan separuh jalan penat dah and alhamdulillah zuhur pun masuk waktu dan kami tengok melalui handphone android yang mengatakan Perth sudah masuk waktu  zuhur. Lepas solat zuhur disuatu tempat dekat King's Park tu kitorang pun continue la journey mengelilingi King's Park tu. banyak snap je kalau berhenti..maklumlah pergi negara orang ni sekali tu je lah dik oi pergi..next time pergi kirim salam je la..tak kuasa kita nak pergi lagi Australia walaupun best tapi kalau da money rate gilak tinggi melambung berganda-ganda kalau tukar mata wang Malaysia, bankrup la..errr~ HAHA



*one of mini park in King's Park. and ada reason why saya pegang beg camtu. HAHA*

King's Park banyak show bunga dari yang lain and mereka sangat jaga kebersihan even longkang tu lama berkurun tapi bersih dari hasil buangan daripada manusia, yang penuh hanyalah daun-daun kering je. toilet pun clean tahap impak maksima even diorang ni tidak menggunakan air macam Malaysia tapi diorang menggunakan tisu or i called it tis-euww~ HAHA. 

by the way, makanan yang dijual of course la kena jaga, kalau mereka masak menggunakan minyak sayur dan makanan yang mereka masak itu makanan yang boleh dimakan dalam hukum Islam, O.K. we take it even MAHAL~~ tapi dah lapor..korang sanggup ke satu hari tak makan minum air je? dahlah negara diorang tak makan-nasi-nasi bagai ni..*agak sedikit sawan apabila 7 hari disana tak makan nasi, rindu kot. -_-*



*hah, peace no war jelah aksi yang dapet dibuet. matahari atas kepala. panas sikit*

banyak benda unik la yang pasti datang King's Park ni..so what can i say more? i give u 8 out of 10 la King's Park..kalau uols guna air dalam toilet and tempat tu islamic barulah 10 out of 10! *yeah, Islam rules the world people!* ok, by any chance siapa yang berpeluang pergi sana, pergi je, tak rugi. pergi dengan niat untuk melihat kebesaran Allah pasti lagi tidak rugi dan jadilah kamu sebahagian daripada orang-orang yang bersyukur dengan nimat-Nya~ ok?

here some picture i shared with uols : 



*sorry la muka den tak lawo macam retis u..saja snap bunga pelik ni. ihikss!*


*rasa nak petik je, tapi petik guna kamera jela. nanti kena saman tak pasal-pasal pulak~*


*the flowerssss blooming!*


*view of Swan River not Sea ok, it's a river from upside of King's Park*

ok that's all! Anyways siapa yang agak-agak nak ber-Ask.fm sila isi di sebelah ni.
again thank you!

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~

Monday, January 7, 2013

Perilaku Pintar (Part 1)

0 comments
Assalamualaykum :)

Allah berkata dalam surah Muhammad, ayat 38 :

"Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang miskin. Apabilakamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu."

Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan takut miskin dan hati yang selalu runsing serta tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Buktinya majorit orang disekeliling kita mempunyai sikap ini. Saya anggap jela mereka ini mungkin kesempitan duit atau simpan untuk buat umrah atau haji. *think positive, sentiasa bersangka baik tak merugikan diri pun* Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru! :O


Tambahan pula, marah juga perilaku yang tidak baik. Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar., wajah merah, dan jantung berdegub kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. *boleh google ye korang pembuluh darah itu apa, ten-q :)* Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. *bahaya tu* Dia juga terdedah kepada risiko penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat. sila hati-hati dan bertempat ok jika anda mahau marah :)
Nabi pesan kalau kita rasa nak marah, ambillah wudhu'..syaitan kan dicipta daripada api..so padamkan syaitan dalam badan tu dengan wudhu' ok?! settle!


DAN! rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi di dalam tubuh. Akibatnya, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak. Nabi ada mengajar sepotong doa,

"Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal hazan, wa a'udzubika minal 'aji wal kasal, wa a'udzubika minal jubni wal bukhl, wa a'udzubika min gholabatid-dain wa qohri rijal."

Maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung pada-Mu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung pada-Mu daripadakelemahan dan kemalasan. Aku berlindung pada-Mu daripada ketakutan dan kikir, dan aku berlindung pada-Mu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim."


*hey kawan! jangan marah-marah yaw! smile selalu :)*

jalan rohaniah mukmin bermula dengan sikap sabar pada segala ujian yang dihadapi, bersyukur atas segala kurniaannya dan ikhlas dengan ketentuannya. Sikap sabar pula dimanifestasikan  dalam bentuk usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi, berdoa memohon kekuatan dan pertolongannya dan berserah diri kepadanya. Pengembangan rohani baik juga dapat menyihatkan diri u knows! ;)

so at the end, jangan lupa kita tujuan hidup kita, kita datang dari siapa, kembali juga pada siapa..tak lain tak bukan Allah azza wajala. sentiasa jadi optimistic okay korang adik-adik! hidup kita bukannya indah setiap masa..Allah pasti selitkan ujian supaya kita semakin dekat dengannya..yes it is true semua orang ada kisah pahit dalam hidup mungkin juga ada yang mengalami zaman jahiliyahnya mungkin? some people ada kekuatan masing-masing, jadi jangan sombong dengan Allah! doa! doa senjata mukmin! anda mukmin kan? mukmin yang professional sentiasa minta doa yang banyak pada Allah. 

Allah suka dan sayang pada mereka yang banyak meminta pada-Nya. bukan macam manusia, mintak lebih-lebih, mulalah cakap, dah bagi peha nak betislah bagai..kan? HAHA. so, takpelah..learn from mistake. Everybody do the mistake. so chill! Allah sentiasa ada walaupun kita lupa Dia, Dia lah paling dekat dengan kita lebih dekat dengan urat yang ada dileher kita ni. :)



lalalaasstt...jangan lupa ok nasihat di atas ni..share-share la.. and remember! "Allah give and forgive, Man get and forget"
trimas sudi baca dan share dengan kawan! *kalau yang share la* HAHA

wassalam!
;)

Saturday, January 5, 2013

Saya Mengarut 1

0 comments
Assalamu'alaykum hi :D

eh korang tak baca entri ni pun tidak mengapa..sebab korang baca tajuk pun dah boleh expect apa isi kandungannya. HAHA. yelah..kehidupan di universiti bukan mudah. and for sure la ada yang akan cakap, 'bukan senang ke? takde rules pakai baju formal macam budak sekolah and belajar pun suka hati bila nak belajar, belajar sendiri pun boleh' -_-

serius la den cakap kek ekau yang koba aceni, stress tau tak kalau belajar saja sepanjang hari. macam takdak life. well, certain orang cakap ok saja. yelah untuk yang kurang pandai seperti saya ni perlukan beberapa masa untuk belajar dan masa yang selebihnya untuk solat, mengaji, online, main game and bla bla bla..yelah siapala sukakan buat benda yang sama tak henti-henti 24 hours..kalau ibadah fardhu lain cerita. HIHI



bagi pendapat den kalau boring otak den ni kadang-kadang terasa nak buat benda pelik bin ajaib pula tiba-tiba. *agaknya dah sewel buat benda sama setiap hari kot? HAHA ;p tapi macam tak jumpa nak buat apa. *pelik tu biarlah tidak melanggar suruhan agama islam kita ek* dahla den ni tak boleh fokus terlalu lama pada sesuatu perkara doktor kata. kesian kan. apa boleh buat..nasib badan..biasalah, orang fokus ni selalunya cemerlang *muntah..err~* HAHA


*nampak tak buku tu tak buka? HAHA*

anyways! semester ni banyak cuti kot, and macam biasa lah student U kalau balik rumah tidurlah memanjang dari buat apa-apa pun. sebab yelah subjek semster ni 3 jeh! *hidung tinggi sikit* ish..disebabkan subjek yang sikitlah den membazir masa saja kerja den ni. -_- ok jangan tiru aksi ini dirumah adik-adik! menghadap subjek-subjek tersayang ni membuatkan den terfikir, boleh nak kasi 4 flat terus ni. *ameen~* yelah, orang satu semester, dalam 6 subjek and plus plus. belajar kena struggle bagi yang kurang *macam den* HAHA.


*kali ni buku dah dibuka. HAHA*

and lumrah anak adam makin besar makin nak bebas. nak-nak pula yang jadi student universiti, poli, kolej dan seangkatan dengannya. biasalah anak-anak muda nak kebebasan kan..semua benda nak bebas.. tapi den punye bebas takdola bebas sosial bagai macam ragam manusia sekarang ni. nak contoh terdekat ragam manusia sekarang ini, cukuplah tengok negara sendiri ni hah, Malaysia. anak zina dalam setahun dah mencapai ribuan anak luar nikah! kesian kat baby yang tidak bersalah itu. :(

aduhai..sadis rasanya! tapi anak tu nanti akan tuntut dengan "mak ayah" dia yang da bertanggungjawab melahirkan dia tapi dibuang merata-rata dekat Padang Mahsyar, depan hakim yang Maha Adil, Allah S.W.T... hem jadinya, memanglah kita sama-sama bebas dapat negara aman damai bersyukur jangan sampai buat perkara yang Allah murka. tidak baik untuk kesihatan dan ke-sosialan. *eh, den bukan mencarut tadi!* 


*ok kali ni memang dah tak nampak apa yang dibuka sebab blank*

O.K. lah sampai disini saja yang dimengarutkan...lenkali mengarut lagi bila stress belajaq! pesanan buat adiknda2 yang masik di skool lagi, bila dah habis sekolah nanti adik akan tahu dunia luar sebenar and bila dah mula berkerja lagi lah jumpa macam-macam manusia..
so, kita memang bebas sebenarnya *alhamdulillah*, tapi islam tidak membebaskan kita untuk semua perkara. ada perkara perlu dan wajib dilaksanakan seperti tutup aurat, jauhi zina, hormat ibubapa cikgu dan orang yang lebih tua dari kita and so on. jangan ingat anda dah besar anda boleh dan bebas lakukan apa sahaja. den ingatkan lagi Allah is watching you everywhere! watch out! 

so akhir kata, trimas sudi baca entri mengarut kali ini dan jaga hati jaga iman!
wassalam~
;)

Ibadah Pintar Gaya Rasulullah (Part 1)

0 comments
Assalamu'alaykum Hi :D

Di suatu pagi yang hening, sedang keseorangan didalam bilik di kampus, ingat nak study la untuk Quiz lecture nak bagi minggu ni atau pendek kata esok la dia nak bagi. tak dan nak bukak buku terus bukak muka buku! teruk benor perangai den, adik-adik jangan tiru aksi ini dirumah. HAHA. 


*galek study macam kucing ni tengok iPad baguih gak no. HAHA*

ok, saje introduction muqadimah gitu..padahal sebenarnya nak share ilmu tentang antara-antara Ibadah Pintar Gaya Nabi kita. Ok la ok, jangan membazir masa baca introduction double senget tadi, HAHA. jom teruskan baca info di bawah ini :

Kesihatan manusia bertambah baik, wajahnya berseri-seri dan tampak muda apabila dia melakukan perkara-perkara seperti berikut : Berwudhu' dengan baik, melaksanakan sunat-sunat wudhu',berwudhu' sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi kita dan kemudian bersolat dengan sikap sempurna serta hati yang hudhur.

Dalam satu kajian Prof. Dr. Syahathah dari fakulti perubatan, Universiti of Alexandria mengesahkan istinsyaq atau menghirup air melalui hidung semasa berwudhu' dapat membersihkanhidung daripada kuman. Istinthar atau mengeluarkan air daripada hidung pula dapat mengurangkan risiko jangkita kuman. Maka semasa berwudhu', lakukanlah istinsyaq dan istinthar

Cara yang betul untuk istinsyaq adalah dengan menyedut air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana ye, *jangan tarik macam selsema pulak, hehe* dan kemudian istinthar dengan hembusan yang kuat. Lakukan kedua-duanya secara rutin setiap kali saudara berwudhu'. In shaa Allah, jumlah kuman didalam hidung kalian akan menurun dengan signifikan.


Haa..tahukah anda? 
Kajian Prof. Dr. Syahathah juga menunjukkan wudhu' yang dilakukan dengan betul dapat mencegah 17 JENIS PENYAKIT SERIUS! antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinusitis yang meningkat akhir-akhir ini. *boleh google ye ape itu Sinusitis* radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk - batuk dan penyakit berkaitan paru-paru serta penyakit mental!



Okeh, sekarang anda dah tahu serba sedikit kebaikan berwudhu' dengan cara betul yang Nabi dah ajar. so, lepas ini jangan ambil wudhu' macam ribut! HAHA. ambil wudhu' tu bagi ikhlas hati sapu celah2 jari tangan dan kaki itu betul..ambil wudhu' macam ribut nak pergi mana? bukannya tempat solat penuh pun. wudhu' tidak betul apatah lagi solat Allah nak terima ke?

haa..silalah terasa dan jom muhasabah diri bersama, jangan abaikan perkara penting ini, bila sakit barulah nak buat semua benda dengan betul barulah nak solat lama-lama doa panjang-panjang baru nak cari Allah! bila sihat semua benda kelam-kabut sampai nak ingat Allah pun payoh benor ye adik. HIHI..

at last, terima kasih sudi baca entri ini boleh share dengan kawan-kawan. ilmu dikongsi jangan buat macam hak sendiri ok?! HEHE
 wassalam!
:)

Nasyid Sekadar Sampingan atau Kegemaran?

0 comments
Assalamu'alaykum :)

dalam satu hari pernah anda bagi peluang pada diri anda untuk layan nasyid berbanding lagu western or lagu indie dan sebagainya? mengapa tidak cuba membantu dakwah mereka dalam mengingati Allah setiap masa walaupun ianya berbentuk melodi? adik-adik, zaman sekarang memang tidak dinafikan memang ramai sangat yang minat K-Pop, J-Pop, metal rock punk dan lain-lain, tapi nasyid tanah air mengapa tidak dilabelkan salah satu kegemaran kalian? 



adik-adik juga pernah tak buat kalau rasa stress atau tension dengan something kalian akan pasang lagu cintan cintun yang tahap 'tangkap leleh' bagai lah tu? ataupun...lagu lady gaga ke beyonce ke katy perry semua? dan tidak lupa juga pada K-Pop-er's yang juga pasang lagu mereka sehingga la kalian tertidur..



cuba anda bayangkan kalau Allah tarik nyawa kita yang dengar lagu lalaikan dan tidak ada langsung mengingatkan kita pada Allah .
tidakkah kita meninggal dalam keadaan lalai? kan? so, jom la kita sama-sama  elakkan perkara ini terjadi pada kita. kita pun tidak tahu kita ini dalam sehari nak berselawat pun Allahu Akbar..apatah lagi Pencipta kita . 

jom kita bantu nasyid tanah air kita mahupun nasyid antarabangsa seperti Maher Zain, Irfan Makki dan lain-lain artis nasyid sebarkan dakwah dalam Muzik. Walaupun kita dengar muzik, tetapi asalkan muzik itu tidak melalaikan dari mengingati Allah & Rasulullah, silakan ye adik-adik .

p/s : ihikss! gambo hiasang saje 

nah terapi sanubari dengarlah nasyid dibawah ini :


*Ikramul Kareem - UNIC & Imam Muda*

so, lastly jom sama-sama hijrahkan diri ke arah yang lebih diberkati Allah!
trimassss sudi baca entri ini 
sekian wassalam
;)

Friday, January 4, 2013

Pemakanan Pintar Gaya Rasulullah (Part 1)

0 comments
Assalamu'alaykum semua :)

pernah tidak terfikir macam mana gaya Rasulullah kita menjaga pemakanan baginda? anda ingin tahu gaya Rasulullah bagaimana? betul? jom kita ikuti dan hidupkan sunnah dan cara baginda dalam pemakanan dalam hidup kita juga sekeliling kita!

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya',"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. Manusia sendiri dibentuk daripada 70% air. Inilah puncanya kekurangan air mengganggu  keharmonian tubuh, dan seterusnya ini menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tidak sihat. haa..jangan lupe at least lepas solat fardhu dalam satu 5x tu 2 gelas air masak yang bersih ok adik-adik! :)


Bagi madu asli pula ia sebenarnya tidak mudah rosak. Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu didalam bekas kaca kedap udara dan pada suhu bilik. Selain itu, jauhkan ia daripada sinaran sang matahari dan lain-lain sinar yang boleh menjejaskan keasliannya. Dengan berbuat sedemikian rupa, daya antibiotik dan enzim yang ada didalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzimnya rosak, maka apabila anda meminum madu tidak ada bezanya pun dengan minum air gula biasa dik..so elak kan ok? 
and salah satu kegunaan madu adalahmerawat cirit-birit yang kronik. :)


Ramai orang mengamalkan diet yang tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan hingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Pada masa yang sama, nutrien yang lain pula diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini boleh menimbulkan masalah kesihatan! haa..jaga-jaga~ 
Aturlah pemakanan anda adik-adikku seperti yang berikut :
1. Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan perkerjaan.
2. Makan Tengah Hari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
3. Makan Malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan



tapi jangan tinggalkan makan malam jika anda tidak mahu dimakan usia, Nabi juga pesan makan lah sebiji kurma paling tidak pun makan malam aslkan jangan tinggalkan, ok? :)



Bagi meningkatkan kesihatan & menyembuhkan penyakit, kita perlu menjaga pemakanan kita. Makanan yang kita makan sewajarnya halalan toyyiban, mencukupi dan beraneka ragam. Namun begitu, bagi mengubati penyakit, penyusunan semula pemakanan tidak mencukupi. Ubat juga perlu diambil tetapi berubatlah dengan menggunakan kaedah, bahan dan cara yang halal yang telaj ditetapkan oleh Islam tercinta! :D

jadi akhir kata untuk entri ini trimas sudi baca!
selamat beramal anda semua
wassalam!
;)