Friday, August 30, 2013

Merdeka Je Kot?

0 comments
Assalamualaikum Hi

esok merdeka. how was your feel? ada yang macam, "merdeka je kot. bosan." 
and tak kurang juga ada yang, "merdeka sangat..jenayah banyak je dalam  malaysia setiap hari."



korang pernah tak terlintas dalam minda pasal negara islam sekarang yang tengah dilanda kesengsaraan? korang update tak news pasal diorang (mesir, palestin,syria, libya, burma) ?



if so, baguslah but if not, then you should seek tawbah from Allah. aku pun banyak kali istighfar kalau lupa berdoa untuk mereka. hang tau tak kat akhirat nanti mereka tuntut kat kita saudara-saudara islam sunni ini. 



tuntut? jaga-jaga. ramai orang di padang Mahsyar kelak akan tersangkut untuk masuk syurga Allah kerana banyaknya tuduhan-tuduhan dan tuntutan-tuntutan pada masa itu. 

Elok dah nak masuk syurga kaki melangkah, tiba-tiba kena panggil ada orang minta tuntutan hutang dengan awak seblum masuk syurga, ada orang tuduh awak sebab tak tegur dia pakai tudung masa didunia, ada orang tuduh awak tak tegur solat dengan betul masa didunia.

na'uzubillah! korang tahu tak tentang perkara ini? so, jangan lupa doakan semua orang sentiasa mendapat hidayah Allah dan juga doakan keselamatan saudara-saudara mukmin kita yang dalam kesusahan dan kecelakaan serta yang sedang ditindas. 



bersyukur lah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Malaysia merdeka dan masih aman dari peperangan dan juga segala perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan bencana alam. alhamdulillah. terima kasih kepada atuk-atuk dulu yang memperjuangkan tanah melayu. mesti ramai tak suka sejarah khen?



fact kot. aku kat sekolah dulu mesti angkat buku sejarah tidur belakang tu, dahla duduk depan cikgu Fairol. ya Allah! sumpah masa tu memang macam mintak kena siram air menggelegak. haha.



tapi alhamdulillah cikgu berkati ilmu dia bagi pada kami semua, sejarah dapat B+ okay spm. suka sangat habaq hang! :')

Alhamdulillah dan TQSM semua wira yang memperjuangkan tanah melayu~
okay habis, selamat menyambut ulang tahun merdeka yang ke-56!

MERDEKA MALAYSIA!

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Thursday, August 29, 2013

Madinah : Chapter 1

0 comments
Assalamualaikum Hi

ehem. maafkan saya kerana lambek update tentang umrah dan ziarah saya tahun lepas. hem. korang tengoklah aku, betapa gigih dan terhegeh-hegehnya aku update entri pergi negara lain kenz. hem hem. 

so, berkenaan dengan tajuknya.. alhamdulillah, syukur segala puji hanya bagi Allah, aku dan family telah menjadi tetamu Allah pada April 2012. masa tu sangat bermakna buat diri banyak dosa ni.. hem.. aku tak sangka sangat dapat pergi.. sangat-sangat, memang hajat nak pergi tapi tak sangka weh pada usia 20 tahun aku hidup, aku dan family (mak, ayah, mak tok, nenek and atuk) telah dijemput menjadi tetamuNya pada tahun itu. 

suasana depan Airport Antarabangsa Madinah. bukit sangat banyak dekat Tanah Arab ni.

okay, continue the story pless~ hari first kami berangkat dalam kul 10 semua dah kena ada kat KLIA untuk check-in luggage, diri sendiri and passport semua lah bagai nak check nya. 

benda apalah sembang tu..kami happy sangat.hihi.

and so trip to Madinah-Mekah-Jeddah is brought to you by Itqan Travel handle by Ustaz Zawawi Yusoh . haha. ok mengarut. travel tour yang kami pilih ini sangat best dan inshaAllah berpatutan dengan harga seorang rm6000 and so on. 

hotel kami di Madinah, Andalusia Hotel

BUT! korang jangan set mind, mahal laa.. hem takde murah lagi ke? pergi tanah suci pun nak berkira ka? toksah lah. hang tau dak hotel kat sana jauh dia macam mana dengan masjid? meh aku bagitau, before nak pergi sana benda ni korang kena prepare :

1. Jarak hotel dengan masjid 

(sebab kalau boleh korang mesti nak solat 5 waktu kat masjid nabawi dan masjidil haram kan. Masjid Nabawi takpe hotel keliling banyak dan dekat, Masjidil Haram ni..dah buat pembesaran makin jauh lah hotel.)

2. tengok hang bawak sapa family ke kawan ke larat tak kalau dapat hotel yang jarak jauh sikit ni.

(berdasarkan hipotesis yang telah dilihat, semakin jauh hotel dengan masjid semakin murah trip itu. hehe)

3. pastikan ada muhrim ya, sebab pak arab sudah membuat syarat baru untuk buat umrah dan haji sekarang ini

4. prepare barang seperti ubat-ubatan, lipbalm (bibir kering), losyen (kulit kering, tumit kering) and so on barang2 umrah.

5. duit secukupnya.

(hangpa tau tak banyak godaan keliling masjid-masjd suci ini? haa.. especially madinah! godaan ini khas untuk wanita ya, penuh beraneka jualan kat situ! jaga-jaga~)


dua-dua pemandangan dari bilik aku, Masjid Nabawi :'(

itu antara preparation la yang aku ingat setakat ni. kalau ada tertinggal bagitau ya.

so sampai disana kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami. jarak hotel kami 250 meter dengan masjid Nabawi. dekat sangat and rugi tak habiskan sepenuh masa anda dengan baik di Masjid Nabawi itu. 

suasana perkarangan Masjid Nabawi

oh jangan lupa ya, duduk madinah orang dia baik sangat dan lembut. tapi mekah jaga ye, diorang agak kasaq hang tau dak! ok cerita mekah kemudian, lain chapter okay.

alhamdulillah dah check in bilik, (1 bilik 3 orang) kami terus solat zuhur berjemaah dekat masjid Nabawi. ya Allah, first time menapak kaki kat Masjid Nabawi..dalam hati bisik, Rasulullah dekat mana?. soalan itu bermain di mindaku..cewah. yela hang sampai madinah takkan nak tanya tempat makan nasi arab mana yang best? betui tak betui hang ni, jangan islam kat ic tau. huhu.

menara masjid Nabi

and then sangat kecewa sedikit sebab masa untuk ziarah makam Rasulullah dan sahabat serta Raudhah ada masa-masa tertentu bagi wanita. lelaki ANYTIME okay! korang laki pergi sana tiap-tiap malam pergi berkampung dekat Raudhah tu..mustajab sangat doa dan tenang je rasa dekat dengan makam Rasulullah.. hemm..sedih.. :'( 

okay, masa perempuan pula nak masuk ziarah makam Rasulullah dan Raudhah ialah lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isya' SAHAJA. ini kerana berlaku beberapa kejadian membabitkan wanita ekoran ada bid'ah2 dan juga kecurian sebelum ini. (tiba-tiba jadi berita kan. hehe)

pintu gerbang masuk masjid Nabi. 

so, alhamdulillah aku dan mak aku melawat masa lepas zuhur first time nak pergi juga ziarah tak kira apa pun rintangan melanda! ramai macam mana pun wanita nak ziarah masa tu, kami nekad kuat nak masuk. dan sampai je turn malaysia boleh melawat masuk, jejak kaki tu mata melilau mencari makam Rasulullah.. mana ni mana,, mak dah mula menitis air mata, aku pun terhidu bau yang sangat harum..lebih harun dari kasturi..



indah bau itu tidak dapat aku lupakan..sungguh terpesona. akhirnya aku pandang dari mana bau wangi itu datang. dari arah kiri ku, makam Rasulullah rupanya! subhanallah.. mengalir laju air mata macam sungai.. dan kebetulan pula atas karpet hijau (karpet hijau adalah menandakan itu kawasan Raudhah, manakala karpet merah yang lain dalam masjid Nabawi adalah kawasan biasa)

ya Allah tak tahula gembira masa tu nak gambarkan macam mana. rasa tak nak berganjak nak tidur makan beribadat je kat situ.. 


usai ziarah, mata mak aku merah sungguh, kami 2 beranak diam sampai hotel. seronok kat hati ni Allah je tahu..belum jumpa depan-depan Kekasih Allah, bau makan baginda sahaja dah harum. Allah.. 

itulah hari pertama sekaligus hari kedua aku kat sana. :')
to be continue,

terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~

Saturday, August 24, 2013

Benar Tapi Pelik 1 : Saidina Umar Menulis Surat Kepada Sungai Nil

0 comments
  Semasa 'Amru bin al-'Ash menjadi gabenor islam di negara Mesir (doakan Mesir kembali aman) yang dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil. Sungai Nil merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh negara tersebut.

  Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat peribumi negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban (kira macam ritual la ni) dalam suatu tempoh untuk "penunggu" yang kononnya ditugaskan menjaga kepentingan mereka di Sungai Nil.

Kononnya juga dengan cara itu mereka akan mendapat kerberkatan rezeki.

  Mereka juga percaya bahawa "ibadah" korban menggunakan anak dara adalah paling elok dipilih dalam kalangan mereka itu penting, supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka.

  Apabila 'Amru bin al-'Ash r.a. menjadi pemimpin disitu, beliau telah berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut atas dasar prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut, bagi mengelakkan keadaan kemarau yang lebih teruk.




  'Amru bin al-'Ash segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah. Baginda memuji tindakan dan usaha gabenornya menghentikan amalan khurafat itu malah melaporkan segera kepada khalifah.

  Lalu Saidina Umar segera menghantar surat maklum balas bersama sepucuk surat lain dan meminta 'Amru supaya mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil. Sejurus 'Amru menerima surat daripada Saidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat lain, yang alamatnya "Buat Sungai Nil".

Isi kandungannya berbunyi:

Daripada hamba Allah, Amirul Mukminin Umar kepada Nil Mesir. Jika engkau mengalirkan kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa agar mengalirkanmu semula!

  Dengan karamah Saidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan yang syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya.




  Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Saidina Umar al-Khattab r.a.

Semoga kisah ini dapat memberi lebih banyak pengajaran dan hikmah seperti, 

Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan karamah seperti yang dikurniakan kepada Saidina Umar al-Khattab r.a.

dan juga

Pemimpin negara mestilah sedaya upaya membentuk sebuah negara yang diredhai oleh Allah SWT dengan membasmi segala kemungkaran.

moga diberi pengajaran kepada kita semua umat islam akhir zaman ini. wallahu'aklam.

sumber rujukan : "Benar Tapi Pelik" oleh Ustaz Zahazan Mohamed

kisah ini juga berdasarkan rujukan : Tafsir al-Qurtubiy dan Hasyiat ash-Shawiy'ala al-Jalalain, tafsirnya ayat 57-58 surah Asy-Syura'. Cerita lanjut seperti ini juga boleh diperolehi daripada 101 Kisah Dan Pengajaran Daripada Al-Quranm Hadis dan Hayatus Sahabah, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Terima kasih sudi baca entri ini
wslkm~

Thursday, August 22, 2013

Dua Dalam Satu

0 comments
Assalamualaikum Hi!

nanti bulan 11 aku dengan mak aku macam biasa anak-beranok kaki jalan tak reti bahasa duduk diam ni,haha. so we'll be heading to vietnam, HCMC. 

apa benda HCMC tu cik kak~ HCMC tu short form Ho Chi Minh City.. antara bandar besar dekat Vietnam. So sekarang ni kami anak-beranok ni dok kumpul fulus nak pi vietnam. inshaAllah moga Allah permudahkan dan sure la aku akan cerita update pasal vietnam nanti bila dah pergi. inshaAllah! :)


aku ni jenis tak reti jadi jeruk duduk rumah (tiba-tiba). aku suka berjalan tempat orang, sebab dari situ aku dapat belajar, ambil iktibar, reflect pada diri dan negara sendiri and the most important, melihat Kebesaran Allah. mashaAllah! 

and plus aku suka ambil gambar panorama yang Allah cipta. mashaAllah memang superb dan berbaloi lah melancong masa tu dalam hati. puas hati! lepas tu, ambil gambar sketch. 
'Paint your dream' okay.. trademark baru. haha.
sebab tu aku cerita kat blog supaya apa yang aku rasa, berjalan menikmati hirup udara negara orang, hidup diorang macam mana, negara diorang ada PATI tak macam kita..(ok tang PATI tu gurau. haha)



so habis cerita kenapa aku seorang kaki jalan.

sekarang teringat janji sumpah seranah yang aku tabur dulu nak cerita pasal Imam Gaza datang masjid An-Nur kat tempat tinggal aku masa Ramadhan haritu. ish.. teruk sungguh ingatan aku. haa. 12 Imam Gaza ni datang malaysia ada misi mereka untuk menyedarkan dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku di Palestin. 

*this is Imam Sheikh Islam D.B. Qanita, one of the 12 Gaza Imam*

sedih sangat cerita beliau, antaranya lebih 9000 wanita dan kanak-kanak terpenjara di Israel laknatullah..setiap hari ada kes tembak, rogol dan pelbagai 'aktiviti tidak berperikemanusiaan' yahudi dalam menghancurkan umat islam. Allah.. semoga iman kita semua dilindungi Allah~

*photo ayah with Imam Sheikh Islam D.B. Qanita*

dan ada juga cerita saat-saat genting ketika yahudi datang menyerang, dan juga bantuan dari Allah. subhanallah..jin islam pun ada yang berjihad disana. :')

inshaAllah moga kita semua dalam perlindunganNya. uolss jangan lupa! malam ni malam jumaat and tomorrow hari jumaat, raya mingguan kita okay.
penuhi dengan selawat banyak2, baca surah Al-Kahfi, Doa banyak2, sedekah and so on amal ibadat fardhu dan sunat .

here for uolss some Reminder :


besar gambar haa aku bagi korang baca. baik kenz? haha
so sebab tu tajuk entri aku letak Dua Dalam Satu. Satu entri 2 cerita. haha. (ok tak lawak. bye)

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Wednesday, August 21, 2013

The End

0 comments
Assalamualaikum Hi!

lama dah tak dibuka digodek-godek dibelai-belai blogspot ni. sangat semangat ya malam ni buat sistem. kenapa semangat sangat ni hoi? biasalah, dah nak the end baru terhegeh-hegeh kau siapkan segala job yang separuh jalan. good job mira buat last minute. haha. -.-

obviously sangat, aku ni bila ada kerja nak kena submit dalam masa terdekat barulah nak siapkan dengan rajin yang sangat impak maksimanya. ngeh ngeh!



so far praktikal okay sangat, Alhamdulillah. semuanya okay, dari kelengkapan tempat nak 'dibuat sarang' hinggalah orang sekeliling disitu. tapi, jangan malu-malu bila kerja ni, nanti forever alone. kalau dapat staff yang peramah tegur hangpa okay la, kalau dapat yang jenis berpuak-puakan tu, Allah je tahu rasa forever alone kat office tu. 




Dahla praktikal sensorang buat sistem. aku lah documentation nye, aku lah database analyst nye, aku lah programmer nye, aku lah design nye. (wu wu wu) dan paling tak tahan sekali buat documentation. aku memang sakit level impossible buat benda ni. even senang tapi entah.. takde jiwa la nak buat. hah gitu~




p/s : orang komputer sahaja faham ape benda yang aku berleter tu. hah3 :B

inshaAllah moga lepas ni banyak lagi ilmu aku dapat dari pengalaman praktikal ini even sistem dibuat tersangatlah cukup syarat. teruk khen aku ni ? sekadar nak lepas last semester ni je. haha. and the most imporrrrtant yang banyak tolong buat sistem aku ialah Abang Izharul yang sangat kelakau dengan ayat sentimentalnya dan ayatnya yang biasa tapi sangat hilarious. dia taip sikit je hilang semua error PHP SQL bagai itu bagaikan magic! hah over.. and and and  member jengka dolu a.k.a. pro sistem mr khairi dan pro kuasa dua mr Farid. ceceh. ber-mister2 gituh! TQSM, Gracias, Syukran tolong murid anda yang macam mintak tangan ke dahi khen.. haha :B




so, inshaAllah will be apply degree next month and will be intake next year on March. mudah-mudahan dapet. but istikharah first before choose the course. apa-apa semua kena tanya Allah dulu. sebab Allah sahaje tahu apa yang terbaik untuk kita and apa yang sebaliknya. done

so the end here. tajuk post je over.. hah.

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Tuesday, August 20, 2013

Dunia Dunia Dunia

0 comments
Assalamualaikum Hi!

hem, berkerut dahi, senget-senget mulut, tergagap-gagap tangan nak taip apa kat laptop 'Apple' aku ni.  Apple lah sangat, hee

wondering nak tulis ape..wondering nak share ilmu ape..sebab maklumlah sekarang Mesir dalam darurat. 
(okay idea nak taip dah keluar)

 So, everyday every second orang upload and post tentang Mesir.. sudah pasti Dr. Morsi sedih di suatu tempat yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. semga Allah bersama beliau dan pengikut beliau. ameen :'(


sad thing to know kan?
korang update tak pasal Mesir nowadays? mestila update kan? kat facebook ada saja cerita sedih tentang mereka. Nak buat macam mana? Doa. Doa. Teruskan doa. yakin dengan janji Allah.


banyak sangat kezaliman berlaku sekarang hingga kita ni tak sanggup tengok and ada juga yang malas ambil tahu! nak jawab apa dengan soalan Malaikat Munkar Nakir dalam kubur nanti SIAPA SAUDARA KAMU? astaghfirullah.. 



banyak sangat perkara berkaitan kan? takut tak dapat sempurnakan~ :( apapun jangan terus putus asa dengan Allah. yakin dan percaya padaNya. dia telah rencanakan yang terbaik bagi 'balasan' yang hebat kepada musuh islam, firaun-firaun zaman sekarang ni.. nanti.. 


Allah selalu berikan yang terbaik untuk hambaNya yang beriman denganNya dan sentiasa mengikut apa yang telah diajar oleh RasulNya. ingat! jangan lalai! bila teringat akan mereka, teruskan berdoa. siapa yang hafal Qunut Nazilah terus baca dan baca.


bantuanNya akan sampai..tak lama lagi.. sabar dan berdoa..berikan sumbangan jika mampu kepada NGO-NGO yang memberikan saluran bantuan berupa kewangan, ubat-ubatan, pakaian dan lain-lain.


dan kalau lihat sekarang ramai trending Raba'ah atau Arba'a bermaksud Empat. 

(1) Keteguhan 
(2) Kekuatan (3) Perlawanan (4) Persatuan


itulah Raba'ah yang telah diasaskan oleh Erdogan PM Turki. mashaAllah semoga Allah panjangkan umur Erdogan.. beliau sangat bijak dalam menjadi pemimpin bahkan tegas dalam memimpin. 




jadinya..pendek kata..jangan lupa kat mereka di mesir, syria, palestin, rohingya, libya dan semua umat islam yang sedang ditindas.. negara kita juga tidak ketinggalan dengan syiah yang berleluasa. na'uzubillah..
hati-hati okay uols.. syiah ni bahaya sangat!
semoga iman kita semua terpelihara oleh Allah.



last but not least. #PrayForEgypt #PrayForSyria #PrayForPalestine and pray for all muslim Ahlus Sunnah Wal Jama'ah around the world. keep believe in Allah. never under estimate the power of DUA.



terima kasih sudi baca entri ini

wslkm~
;)

Saturday, August 3, 2013

A Moment To Remember

0 comments
Assalamualaikum Hi

aku rasa harini dan kali ini entri spesel skit. sebab entri ni takde kaitan pun dengan blog ataupun mana-mana cerita dalam blog ini jadi penggunaan bahasa diri sendiri ialah aku. miahaaha

a moment to remember weh gitu tajuk.. over lah kan aku ni. so, today is sunday and i have a wish to said someone. she is my bestie, my sister, my tempat gosip mak jemah, my 'children' because of selalu kena marah dengan aku..haha and also a good accompany to be. :)


so what to say more? i love you dear lillahi taala! since 5 years and 7 and half month we have been friend! waww~ lama kan? aku ingat lagi wei dulu kat sekolah kerja gila apa kita buat semua. jadi pengawas sekolah lagi banyak sungguh kerja gila kita. semakin menjadi-jadi. haha


kita dah gaduh, merajuk, buli-buli, nangis, terasa itu ini bagai and more such thing la kita dah buat overall. really terasa best sangat ada ramai kawan tapi the best part is kita selalu contact and start conversation macam orang terdesak nak kawin. (wait, what do i mean by that?) argh! 



whatever so far, seronok sangat! happy sangat ada kawan yang sekepala, kerap merepek and buat benda-benda lain sama-sama. kennzzzz? :')


overall, dari start aku kawan dengan kau sampai lah bila-bila lillahi taala aku dah maafkan kau, halalkan segala yang aku dah bagi dan akan bagi and and and will pray your happiness with ********* . haha

besok kalau kau dah kawin jangan lupa gossip mak jemah dengan aku lagi! wee wee~

and that person is FARHANA BINTI KAMARUDDIN  !!


ahaaa~ itu dia bunga api untuk kau weh! hahaha 
so anything to say or said is my only word is, be yourself be a good muslim stay strong keep calm and love yourself because Allah made you so special from your mother. 

with the date 4 August 2013,

HAPPY BORNDAY DEAR~ ;)


your birthday present on the way buying and will be post as soon as kim possible. haha

-the end-

terima kasih sudi baca entri ini
wassalam!
;)

Kisah Teladan : Sederhana Dalam Membenci

0 comments
Assalamualaikum Hi

malam ni, nak berkongsi sedikit cerita dari kisah zaman-zaman ulama' terdahulu. mungkin ada yang tertarik dan mungkin sebaliknya. hehe. apapun, jom kita singkap kisah ini :



Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan yang mulia. Namun, membela musuh yang sedang dizalimi adalah jauh lebih mulia. Sikap cerminan hati yang mampu menundukkan nafsunya kepada hukum Allah S.W.T.

Sebuah kisah benar yang berlaku di Mesir sejak masa dahulu, membabitkan 2 tokoh ulama di kota tersebut berkait rapat dengan tajuk kita kali ini. Ulama tersebut ialah Ibnu Daqiq al-'Ied dan Ibnu binti al-A'az. Oleh sebab-sebab tertentu, hubungan kedua-duanya diwarnai dengan kebencian dan konflik yang cukup panas.

Pada suatu hari, Ibnu binti al-A'az melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafi oleh Sultan dan Wazir. Lalu mereka berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan menciptakan tuduhan palsu bahwa ia telah murtad.

Tuduhan itu dituliskan pada selembar surat yang diedarkan kepada setiap tokoh besar di Mesir. Seorang demi seorang menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju atas kandungan surat tersebut.

Ibnu Daqiq al-'Ied menjadi tokoh yang terakhir yang akan menerima surat tersebut. Jika beliau turut bersetuju, maka Ibnu al-A'az yang selama ini memusuhinya tidak akan selamat daripada hukuman mati.

Apabila menerima surat itu, Ibnu Daqiq al-'Ied membaca isinya dengan teliti. Beliau mengambil masa yang cukup lama untuk memahami apa yang tertulis didalamnya. Semua tokoh yang hadir menggesanya untuk segera menandatangani surat tersebut. Namun, beliau tidak mengendahkan mereka, melah meneruskan bacaanya dengan penuh khusyuk.

Setelah selesai membaca, Ibnu Daqiq al'Ied mengangkat kepalanya dan berkata,"Tidak halal bagiku menandatangani surat ini."

Kata-kata ini sangat mengejutkan. Semua orang tidak menyangka sikap ini yang akan ditampilkan Ibnu Daqiq al-'Ied terhadap orang yang membeci dan memusuhinya. Mereka menyangka Ibnu Daqiq al-'Ied akan menggunakan kesempatan ini untuk menyingkarkan orang tersebut selama-lamanya.

Lalu seorang merayu kepadnya dengan berkata,"Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan Wazir." Apabila mendengarkan kata-kata itu, Ibnu Daqiq al-'Ied menjadi sangat marah. Beliau berkata,"Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang Muslim!"

Sikap tegas ini menggagalkan konspirasi jahat tersebut sekaligus meninggikan nama Ibnu Daqiq al-'Ied dimata umat islam hingga kini.


hebat kan orang dahulu? benci macam mana pun hukum Allah tetap nombor 1. kita sekarang nak maafkan orang pun susah. macam dia buat dosa besar sangat dengan kita. 

apapun jadikanlah amalan kita maafkan semua orang yang kita kenali dan tidak kenal sebelum tidur. siapa tahu itu mungkin tidur terakhir kita? mati dalam keadaan membenci orang.. anda suka mati dalam keadaan dalam hati ini ada tak suka orang tu, tak puas hati dan sebagainya?

na'uzubillah..dendam dan benci ada batasnya. Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung, Tuahn alam semesta yang hidup kekal selamanya jua Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. inikan kita hamba sahaya sahaja. Allah~ malu. 

petikan kisah ini daripada buku, "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia"

sekian cerita dari saya malam ini! hee

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)