Wednesday, July 31, 2013

Hati-Hati Dengan Tanda Berhenti!

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

entri ini berkaitan dengan Al-Quran. nampak tu awal-awal kat tajuk dah habaq mai kata HATI-HATI! dengan ape?
dengan waqaf atau tanda berhenti dalam Al-Quran..kot la ada yang tak tau, main bacaaa ja bak kata P.Ramlee, hantam sajaa la~
ehh~ jangan-jangan~ hati-hati tau dengan ayat atau kalam Allah ini, silap baca silap bunyi, lari makna takde pahala. 
na'uzubillah!
ok saya lebih suka tunjuk pakai gambar dari menulis. sila rujuk gambar rajah 1.1 dibawah, eceh~


*sila klik gambar untuk besarkan*

macam mana? mesti ada yang akan...

"ooooooooooooo~ baru tahu~~~"
atau


"laa...terbalik rupenyee.. huruf QafLam tu patut berhenti ingatkan SodLam"
.
.
.
mesti ada punya dalam hati cakap camni. sebab saya pun pernah buat sebelum ni. hahaha. kesian~ sobs!

hokaayy, paham kan? lepas ni update cara membaca Al-Quran dengan Tartil ya! inshaAllah~

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Monday, July 29, 2013

Lailatul Qadar : Berita Informasinya

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

waw~ tajuk glemer gah gitu. kan? over, jom sudahlah membazir masa mari kita mulakan berita malam ini :p


SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)


2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.



APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?

CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR :

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.



1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ


CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

wallahu aklam sekadar itu sahaja berita sari malam-malam ini. semoga berjaya! jom boost up energy Ramadhan the final! 

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Saturday, July 20, 2013

Album Facebook

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

*senyum kambing*
haha, ok takde motif pun tapi sebenarnya tadi baru buat album photo kat facebook. setelah 2 tahun tak buat album kat facebook kan. sebab buka bila buka facebook ni, ni je buat :

1. bukak GC terus tekan 'F' dan enter!
2. Tengok notification dulu.
3. balas komen.
4. Post ilmu or gambar yang rasa nak muat naik, upload lah.
5. close tab.

hah! dah macam flowchart weh aku tulis tu. siapa orang computer science or business ke maybe tau la kot. hoho

upload gambar coo-ching iolsss kat facebook. saje gatal-gatal buat album kat facebook tu. dah lame sangat tak upload photo kat album facebook. yelah orang takde masa, bila dah free menggatal lah buat benda bukan-bukan. haha

tu je nak tulis kat post ni, haha.

so here is my Cat album at Facebook


no photo copy here please. this photo reserved by me and Allah is watching you


terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Friday, July 19, 2013

Zora Shhhhhhhhh - awwwwwl

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

muehehe.. tajuk entri macam menghalau je. haha. anyways! malam ni cerita tentang shawl. pasal?
kebaikankah? keburukankah? cara pakaikah? 
no no no no no~ 
exactly what i want to said is 'dah mula minat shawl' (aku la tu), ye saya yang minat shawl ni hah.. entah hape hape si facebook to promote, ternampak Zorascraf punya page. 


ini FB Zorascarf punya page. dipersilakan tuan hamba untuk menjelajah dan klik la LIKE sekali. haha

banyak jenis corak warna yang sweet sweet lovey dovey sehinggakan diriku menjadi terlalu choosy untuk memilih yang agak kureng berkenan sikit tut. 
BUT overall semua shawl comel! 
*angkat sikit ibu jari kanan, sunnah dahulukan kanan. he he* 


inilah antara hasil-hasil seni creative jari jemari Zorascarf~~~ uuuuu~~


banyak sangat warna menarik, lembut, sweet dan yang penting berkualiti yeah. *angkat kening sikit.. ok yang ni tiru The Rock* ;p
oh untuk pengetahuan mereka ini bisnes baru tapi dah start maju yaw! hihi


pastikan beli yang warna dan corak berkenan, nanti dah beli menyesal ibarat bubur menjadi nasi, ehhh~ nasi menjadi bubur! 

so, bolehlah kot anyone nak  istikharah dulu lah nak membeli, kalau tiada fulus jangan tengok sebab harga online shopping dia biasalah, he he he he.. errr.. 
*diri sendiri pun kebanyakan beli kat paso malam je, senang suka hati-hati petik je mana berkenan on the spot. well, that's me. HAHA*


apa apa pun! tak salahkan beli benda kepentingan diri dan juga majukan industri bisnes orang kita? kennzzz~ yang penting hasil Zorascarf semua cantik tau! boleh lah try and sekarang diorang ada buat promosi tu,
al-maklum bin lah.. nak raya kennn.. haha. 
*klik link di atas untuk page Facebook mereka*


this is their official website and please do some visit! jom ushaa~

by klik-ing ME :)

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Tuesday, July 16, 2013

Sertai Wall's Selection!

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

alhamdulillah ade info yang best buat anda yang tak dapat balik kampung raya ini. apakah? 

Wall's Selection ada buat event yang sangat menarik dan inshaAllah ada hadiah juga disediakan. anda cuma menghantar mesej 'Minta Maaf' dan juga ucapan lain kepada insan tersayang anda! 

daaaann yang paling seronok sekali Wall's Selection juga telah sediakan 1000 ais-krim mereka untuk diberikan secara percuma kepada keluarga anda yang anda akan hantar mesej 'Minta Maaf' ini. biar betik?

wah! bagus ni, alhamdulillah sangat kalau dapat give away ni kan? apalagi! cepat-cepat join! :D

so, ini dia, the event that i told just now :


the home page, you can start with login with facebook for easy starting :)


ah! cute benor~ :3


silakan isi details tentang insan tersayang anda itu ;)


dan ini details anda pula~


then, finish it up with click the 'Send' button to complete! atau anda boleh preview dulu kalau rasa nak tengok ayat macam berterabur atau salah spelling ke kaaan? haha :)


siap! dan jangan lupa berdoa supaya keluarga anda yang anda hantar ucapan 'Minta Maaf' tadi dapat ais-krim Wall's Selection secara percuma di hari lebaran ini! hihi

good luck all the best! inshaAllah semoga berjaya ;)

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Monday, July 15, 2013

Coo-ching

0 comments
Assalamualaikum and Hi!

hari ni saya nak bercerita sikit disebabkan ada masa sikit untuk merehatkan minda, nak lunch Puasa pula jadinya before nak sambung mengaji nanti iolsss blogging lah kejap! 

haha. blogging sambil berzikir tau! usah bazirkan setiap detik anda bersama Ramadhan! :)
jadinya post ini berkaitan dengan kucing saya. berikut biodata teman hidup saya, cewah! teman hidup lah sangat. haha

Nama Betui : Qad Etherbet Einzbern
Nama Gedik : Qad/Kod
Baka : Maine Coon
B.O.D : 16 Mei 2012 (Hari Guru okayy)


tentedenggggg~ 
kucing iolss lah ni, tapi masa ni baru 3 bulan. besar? memang pun masa ni berat dah 3 kg. sekarang umur dah setahun lebih pun berat nak mencapai 5 kg sudah.


perangai dia ni antara yang sangat obviously ialah, suka gigit orang, tak boleh kena marah nanti merajuk berkurung diri sekor2 (suka hati dia nak pergi mana nak bersendiri. haha), manja yang sangat over (anak mak, mak dia paling sayang kat dia ni la), cerewet bab makan, 


suka makan makanan yang sihat (tak makan makanan yang murah dan yang tak sihat), hebat dalam menangkap lalat! (pantang nampak lalat, terus tangkap dengan tangan dia pastu makan! wahaha), kuat minum air dannnn pantang nampak dan bunyi plastik (feveret dia kot plastik-plastik ni).


si qad ni demand sikit kucingnya akhir kata. haha. so, bela lah kucing kampung kalau nak jimat duit..tapi nak bela haiwan peliharaan ni orang kata biarlah mampu dan berkemampuan. mampu dengan berkemampuan tu bukan sama ke? 

tak~ bagi iolsss lain, mampu dari segi meberi dia makan minum tempat tinggal. berkemampuan pula bagi kasih sayang, main dengan dia and so on la yang berkaitan dengan itu. (ayat reka sendiri kot.. haha)


*auww~~~~~~*


*chak!!*

oleh kerana kami satu kerabat sayang sama dia, jadi dia buat perangai tahap minta kaki tanan mulut semua pun kami tak jual and tak bagi orang, semua sayang dia kot (including nenek mak cik- mak cik iolsss semua la) hah! maintenance dia sekor je tinggi nah. hamboih~ 

apa-apa pun sayangilah haiwan ye~ kucing juga antara haiwan kesayangan Rasulullah :)

p/s : gambar adalah ketika beliau berumur 5-6 bulan. (beliau lah sangat)

terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)

Thursday, July 11, 2013

Promote Barang Korea 1

0 comments
Assalamualaikum Hi!

salam uolsss, saya nak jadi retis kejap hah. uolss baca tajuk tu, nampak sangat tak payah duduk malaysia. promote barang luar negara gitu hah. bukan apo, bila pergi tempat orang ni, benda takde kat malaysia la jadi kegemaran. especially makanan yang sedap minuman yang gah sedap gitu. 

wah! 

ayat semakin berterabur kebelakangan ini al-maklum la Bahasa Malaysia belajar sampai tingkatan 5 je. lalala~ nak bagi korang bosan kan tulis pepanjang ni, takde keje membazir masa orang lak. astaghfirullah! sorry! gomen-nasai!

back to the story, barang ataupun produk yang nak di-promote-kan oleh saya itu ialah :-

*gambar ihsan dari facebook saya dan gambar oleh kak adah*

tentedeng~~~ banananaa~~~

terima kasih kepada kak adah kita mengingatkan saya kepada air korea yang diberi nama
 바 - Ba , 나 - NA , 나 - NA  = Banana!
우 - U , 유 - YU = Milk!

sesi belajar korea pulak dengan iolss~ haha. okey, apa yang best air ni sangat best rasanya dan ada 4 perisa kalau tak salah saya dan boleh didapati ONLY IN SOUTH KOREA OKEY!

*gambar ihsan dari Instgram saya*

itu yang sawannya. mano nak carik korea je jual~ masa balik Malaysia last day kat korea tu, mama saya borong air susu pisang ni kat Incheon Airport. 

harga satu botol ialah 1,200 (KRW) bersamaan dengan 3.38 (MYR) !
dan perisa yang saya telah nyatakan ada 4 itu tadi ialah

i - Strawberry Banana Milk (Pink)
ii - Orange Banana Milk (Orange)
iii - Light Banana Milk (Blue)
iv - Original Banana Milk (Green) 


*kredit gambar dari blog sheohyan*

alhamdulillah rasa okey, halal pun dijamin kerana ianya bahan dari alam semula jadi cumanya tangan yang memproses sahaja tidak diketahui.

takpe, inshaAllah ditanggung halal dan sedap~! pergi sana benda ni kena cuba okey! rasa satu botol pun okey la! tapi depends la tekak Allah cipta lain-lain rasa dan ragam so tak jamin uolss akan suka.
 tapi tak rugi cuba makanan or minuman kan? bukan membazir~
lalalala~

*gambo ihsan dari kekanda ku Google.*

jadinya berhenti disini sahaja laporan saya dari korea. sekian! :3

terima kasih sudi baca entri ini~
wslkm~
;)