Wednesday, June 26, 2013

Travelogue : Australia - AQWA

0 comments
Assalamualaikum Hi!

dikesempatan malam ini, ingin diceritakan sambungan di Australia ritu. *okey baru nak sambung sebab sibuk terhegeh-hegeh update korea kan.*

setelah di rewind balik memori dalam otakku pemberian Allah yang Maha Kuasa, ingatan di AQWA ritu telah kembali. AQWA? apakah? okey AQWA is Aquarium Western Australia. apa yang menarik dalam AQWA ni? yes definitely takde beza dengan aquarium yang ada kat Langkawi, KLCC and others aqua 'museum'. 

TAPI! yang membezakan mereka ini adalah AQWA mahal, *sebut siap2* dan haiwan under the sea yang Malaysia takde. hoho. tambah amira lagi, AQWA mempunyai satu terowong bawah aquarium yang besar dan panjang dengan diisi haiwan-haiwan yang sangat unik anak pelik bin ajaib. hah tiba-tiba jadi journalist kan. haha

tanpa melengahkan masa dan memboringkan anda sila lihat paparan-paparan yang telah di-upload bawah ini :


ikan apa ni? entah. saya bukan orang marine. haha. tengok jela gambar yang telah di-se-nep-kan oleh ambo. haha


okey yang ni tahu nama dia. kawan nemo a.k.a clown fish, ikan dory. haha. yeke? -_-


ini bukan ikan tapi udang saiz beluncas. nama saintifik diberi oleh prof madya tak diiktiraf amira. haha. ;p


obor-obor yang mana bila amek gambo inilah hasilnya. warna-warni. :)


batu karang mungkin? err.. *garu kepala tenyeh rambut*


ini pen-yu yang besarnya macam kereta depan rumah korang. haha. 


ini staff kat situ bagi makan pada ikan. p/s : dalam tu ada 4 ekor giat shark okey. wuuu~


udang kara! masak steambot ni mau harga beratus-ratus sekor tu. habaq hang!


ikan ni agak serabut tapi still cantik. okey tak ingat lagi nama ikan ni. *ergh! fail la nak jadi journalist dengan wartawan!*


jangan tertipu dengan saiznya yang kecil. sotong kenit *nama saintifik sendiri hentam* ini sangat beracoonn. *baca elok-elok sikit* hahaha.


another scenery dalam AQWA. :)


akuarium kecil yang bulat lagi cantik ini mempunyai banyak ikan-ikan kecil yang unik+hyper dan batu-batu karang yang tersergam indah. 


pemandangan dari tepi akuarium di atas tadi berhadapan dengan akuarium buaya. :O


sejenis hidupan laut tapi tak tahu nama apa. haha -_-


macam biasa semua orang tahu ini apa. apa dia adik-adik? ok pandai!


ikan ni kecil tidak melambangkan yang dia lemah okey. racoon-nya *sebut elok-elok...* sangat berbisa!


ini sejenis ikan sbenarnya. nama dia ikan batu. perhatikan betul-betul.. hehe


ini pemandangan dari atas aquarium sebesar berkaki-kaki ini. haha


pemandangan dari bawah tanah. hehe. takde lah bawah tanah SANGAT. bawah bangunan saje. 


ini pula stingray place. stingray itu apa? tanya mr. goooooglee atau malas sila lihat dibawah stingray itu apa. haha


haha. inilah dia stingray. comel kan. wuwuw ;)


tampat dimana haiwan laut boleh dipegang dan dibelai manja bak softlan gitu. haha. over sebentar bersama kit-kat. pegang macam-macam dalam tu tapi ambil gambo dengan starfish je. tak aci kan? kasihan deh ikan dengan gamat yang lain tu. hahah


for more information and HD picture, *maklumla gambar handphone 5MP je* click here http://www.aqwa.com.au/

kita dah sampai ke penghujung rancangan~ apa nak di kato? alhamdulillah best dekat WA a.k.a. Western Australia. So, pergilah melancong! kerana melancong itu juga satu ibadah. hew hew *muka bajet model takde populariti, eden la tu* haha. adios!

terima kasih sudi baca entri ini.
wassalam~
;)

Wednesday, June 19, 2013

Hadis Nabi Muhammad Sollallahu'alaihi Wasallam.

0 comments
Assalamualaikum Hi!

ruangan kali ini diisi dengan hadis Nabi kesayangan kita. Tajuk Hadis ini ialah 'Ilmu Yang Bermanfaat'.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah yang pahalanya selalu mengalir (sedekah jariah)", ilmu yang bermanfaat serta anak soleh yang selalu mendoakan."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Ilmu yang bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang lain dan selagi mana ia disebarkan.

Wallahu'aklam~

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)

Tuesday, June 18, 2013

Korea - Last Day Holiday!

0 comments
Assalamualaikum Hi!

dah lama sangat tak menghabiskan cerita travelogue kita ni. biasalah ada masalah dunia sebentar. manusia itu kan diuji beberapa ujian. jadi gunakan doa sebagai senjata kita. :) so, berbalik kepada title kali ini, nampaknya ini last post travel iolss kat korea. wah~ maaf ampun ye semua, gambar kat bawah ni ada yang tak tersusun. sori mori diatas segala kesulitan. haha.


penuh bergaya penuh menyampah tengok gambar muka sendiri yang control muka sedih nak balik malaysia. haha. ok over. maaf. haha. teruk sungguh anak malaysia macam saya ni. jangan tiru aksi ini dinegara anda. haha.



gambar ni sahaje dapat bergambar dengan kak dila yang sebelah kanan itu. rupa tidak melambangkan usia okey! kak dila yang comel kita ni 'muda' tau. tengok rupa la. hehe. kak kalau baca ni jangan marah ek. hak hak!


disebalik kejayaan travel Jom Backpakers yang diketuai oleh abang Halim Devotees. inilah antara orang-orang yang menjayakannya. dalam gambo ni 2 orang je yang bekerja untuk travel ni..yang lain sebenarnya customer Jom Backpakers ni. haha. over gitu. ;p


Hello Kitty Cafe! uolss.. comel...molek..... dan mahal sekali yek makanan yang disediakan. tapi limited edition lah. tapi tapi menarikla.. hahaha.


Stadium World Cup dekat Seoul. haaa.. flyoverssss disitu. jakun disebabkan stadium yang besar hebak daebak ini bukan sahaja besar dan menarik malah ada spa, market, shopping mall dan panggung wayang dibawahnya! this is truly korea. hoho. 


jalan-jalan dalam Stadium terjumpa pula TOP dekat panggung wayang dekat Stadium World Cup tu. tahu-tahu je kita cari dia. hee! ok over lagi.


masa balik singgah 7 Eleven nak beli air pisang yang sedap tu. jumpa pula cashier hemsem dan sporting ni hah... mula pandang biasa je.. rilek lagi, sekali bila mak tegur hemsem semua terus serbu dia bergambar dengan saya sekali harung bergambo. al-maklumla malam last kat situ. haha. jangan bandingkan warna kulit kami! haha -,-


subway nak balik Guest House. wuwuw.. nak jalan-jalan lagi sebenarnya. tak habis pusing korea lagi.. tak jumpa Seohyun lagi.. tak jumpa TOP, GD, Gary, Jae Suk lagi.. wuwuwu..


gate di Incheon International Airport at South Korea. ok masa ni dah macam hape muka serabut dengan tudung yang tak nak membetulkan dirinya dengan panas dalam airport dengan bagasi lagi. hohho~


best la korea maju.. 사랑해요 !! sobs! saya tak habis ronda korea lagi sepenuhnya jadi plan memang nak datang lagi insha-Allah! haha. so the end korea iolss semua~

p/s : sila klik gambo la ye nak besarkan.

terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)

Thursday, May 16, 2013

Korea - Day 7 to Gyeongbokgung Palace

0 comments
Assalamualaikum Hi!

mohla baca saya sambung cerita korea. hari kedua last dah ni. dah nak balik malaysia dah ni. huh sedih!

now back to the story, entri ini lebih banyak gambar kerana perangai malas nak taip. sila lah tengok wayang-wayang yang telah tertera dibawah ini. hee


beli dulu air pisang sebelum jalan... haha. pergi sana jangan lupa beli air pisang! sedap nye mashaAllah~ why malaysia tak buat ini macam air memandangkan negara kita lebih banyak pisang ditanam disini!! 
*craving nak lagi* 


okayy, sudah sampeeiii.. ini dia. weolss sudah sampai di istana lama Gyeongbokgung. sebut elok-elok okay! eheh. hari hujan pula masa tu..hujan rahmat.. :)


in front of the palace gate. banyak betul pintu gerbangnya.. yela istana kan. heho


ini dia, pintu utama istana ni. dalam ni kalau anda bernasib baik anda dapat mencuba pakaian tradisional korea iaitu hanbok yang comel itu secara FREE! nasib kami masa tu kurang memuaskan hati sebab tak dapat mencuba baju itu dek hari hujan. takpa takpa..ada hikmah ni..mesti baju tu busuk dan mungkin juga baju tu kecil tak muat nak pakai? *nak sedapkan hati je nih* hahaha


sebelum masuk kena beli tiket.. tapi abang Halim dah belikan siap2! Alhamdulillah tak payah beratur panjang-panjang dalam hujan. weee~


ini dia~ muka half eksaited nak masuk tempat history. hoho


dalam hujan gerimis sanggup  ku redah ambil gambo hasil seni bina korea zaman perang jepon dulu. gah lagi gitu. hehe


bajet comel je ni.. haha. sebenarnya nak tunjuk tiang ni masih kukuh lagi. kuat tak kuat la kan kayu dulu. kayu dia keras lagi kot. hebat sungguh kuasa Allah cipta kayu. wah~


gambar tak boleh habis fake lagi ke? hahahah.. terpaksa edit sebab gambo sangaaaaat lah gelap akibat hujan gelap matahariku terlindung. haha


gambo fake number 2 pleaseee..hahaha. nak action pegang pokok sakura tak menjadi akibat genggam 'kuat' sangat. hhahahah


ok yang ni gambo original. haha.  


okayyy, ada dua je gambo fake dalam entri ni. hahaha. presenting.. pokok hujan! kena sengat lah dengan cuaca haritu. haha


tempat istirehat maharaja.  


opsss...ada 3 okay gambo fake. sorry. again gambo gelap.. terpaksa picmonkey-kan gambo-gambo sekalian. hahaha. 


suasana dalam istana..


bajet comel 2. pintu masuk ke bilik-bilik dalam istana itu. miahaha


oh sudah penat jalan, akhirnya sudah pusing ber-round-round rupanya.


singgahsana maharaja. tak boleh masuk dalam istana ni. no entry kabonyee.. hahaha.


kite bergambo dengan guard istana hemsemmmmmm KALAU dia buka misai & janggut tipu dia. hahaha.


okayy, ini biasa je. hihi.. jahatnyanya amira! tak baik. tapi notice tak diorang tinggi dalam gambo-gambo ini? tengok kasut la..limited edition tu..hahaha ;)


mama yang hyper bergambar dengan guard dua-dua sekali harung. tamak mama ni tau. jeles. hahaha


in front of the Gyeongbokgung palace punya pintu gerbang besar dia. hoho


kami memang suka main hujaaan. haha! depan istana..


hah ini dah mula masuk muzium bawah tanah. muzium start-nya tulisan korea..siapa yang cipta tulisan korea and more.. 


tak sangka jumpa singgahsana beta kat dalam tu. duduklah kejap sambil buat muka poyo. hahaha.


hah, bercinta dengan maharaja pertama cipta tulisan korea. kau hado? hihihi


posing nak bajet habis je. haha


dah habis berpidato jomla tulis nama dalam korea ala-ala zaman dulu.. ambil tu berus tak boleh besar lagi..dahlah tangah menggigil keras kaku beku akibat sejuk kat luar tadi tak habis. hahaha


ini cikgu yang ajar kami semua tulis korea. sambil menyelam sambil minum air. ngeh ngeh ngeh! 
*tak reti senyum yang tak nampak gigi. jadi sorry sangat huduh. ergh! 
-..-*


at the end tamat lah cerita hari kedua last saya.. mungkin boleh menambah sesuatu yang baru tentang tempat-tempat menarik di Korea untuk anda. banyak tempat pemandangan yang menarik ciptaan Allah. tempat nak melawat disana agak terhad sebab 5 hari je disana.. hem
so mungkin nak pergi lagi. insha-Allah

terima kasih sudi baca entri ini.
wassalam~
;)