Saturday, January 5, 2013

Saya Mengarut 1

0 comments
Assalamu'alaykum hi :D

eh korang tak baca entri ni pun tidak mengapa..sebab korang baca tajuk pun dah boleh expect apa isi kandungannya. HAHA. yelah..kehidupan di universiti bukan mudah. and for sure la ada yang akan cakap, 'bukan senang ke? takde rules pakai baju formal macam budak sekolah and belajar pun suka hati bila nak belajar, belajar sendiri pun boleh' -_-

serius la den cakap kek ekau yang koba aceni, stress tau tak kalau belajar saja sepanjang hari. macam takdak life. well, certain orang cakap ok saja. yelah untuk yang kurang pandai seperti saya ni perlukan beberapa masa untuk belajar dan masa yang selebihnya untuk solat, mengaji, online, main game and bla bla bla..yelah siapala sukakan buat benda yang sama tak henti-henti 24 hours..kalau ibadah fardhu lain cerita. HIHI



bagi pendapat den kalau boring otak den ni kadang-kadang terasa nak buat benda pelik bin ajaib pula tiba-tiba. *agaknya dah sewel buat benda sama setiap hari kot? HAHA ;p tapi macam tak jumpa nak buat apa. *pelik tu biarlah tidak melanggar suruhan agama islam kita ek* dahla den ni tak boleh fokus terlalu lama pada sesuatu perkara doktor kata. kesian kan. apa boleh buat..nasib badan..biasalah, orang fokus ni selalunya cemerlang *muntah..err~* HAHA


*nampak tak buku tu tak buka? HAHA*

anyways! semester ni banyak cuti kot, and macam biasa lah student U kalau balik rumah tidurlah memanjang dari buat apa-apa pun. sebab yelah subjek semster ni 3 jeh! *hidung tinggi sikit* ish..disebabkan subjek yang sikitlah den membazir masa saja kerja den ni. -_- ok jangan tiru aksi ini dirumah adik-adik! menghadap subjek-subjek tersayang ni membuatkan den terfikir, boleh nak kasi 4 flat terus ni. *ameen~* yelah, orang satu semester, dalam 6 subjek and plus plus. belajar kena struggle bagi yang kurang *macam den* HAHA.


*kali ni buku dah dibuka. HAHA*

and lumrah anak adam makin besar makin nak bebas. nak-nak pula yang jadi student universiti, poli, kolej dan seangkatan dengannya. biasalah anak-anak muda nak kebebasan kan..semua benda nak bebas.. tapi den punye bebas takdola bebas sosial bagai macam ragam manusia sekarang ni. nak contoh terdekat ragam manusia sekarang ini, cukuplah tengok negara sendiri ni hah, Malaysia. anak zina dalam setahun dah mencapai ribuan anak luar nikah! kesian kat baby yang tidak bersalah itu. :(

aduhai..sadis rasanya! tapi anak tu nanti akan tuntut dengan "mak ayah" dia yang da bertanggungjawab melahirkan dia tapi dibuang merata-rata dekat Padang Mahsyar, depan hakim yang Maha Adil, Allah S.W.T... hem jadinya, memanglah kita sama-sama bebas dapat negara aman damai bersyukur jangan sampai buat perkara yang Allah murka. tidak baik untuk kesihatan dan ke-sosialan. *eh, den bukan mencarut tadi!* 


*ok kali ni memang dah tak nampak apa yang dibuka sebab blank*

O.K. lah sampai disini saja yang dimengarutkan...lenkali mengarut lagi bila stress belajaq! pesanan buat adiknda2 yang masik di skool lagi, bila dah habis sekolah nanti adik akan tahu dunia luar sebenar and bila dah mula berkerja lagi lah jumpa macam-macam manusia..
so, kita memang bebas sebenarnya *alhamdulillah*, tapi islam tidak membebaskan kita untuk semua perkara. ada perkara perlu dan wajib dilaksanakan seperti tutup aurat, jauhi zina, hormat ibubapa cikgu dan orang yang lebih tua dari kita and so on. jangan ingat anda dah besar anda boleh dan bebas lakukan apa sahaja. den ingatkan lagi Allah is watching you everywhere! watch out! 

so akhir kata, trimas sudi baca entri mengarut kali ini dan jaga hati jaga iman!
wassalam~
;)

Ibadah Pintar Gaya Rasulullah (Part 1)

0 comments
Assalamu'alaykum Hi :D

Di suatu pagi yang hening, sedang keseorangan didalam bilik di kampus, ingat nak study la untuk Quiz lecture nak bagi minggu ni atau pendek kata esok la dia nak bagi. tak dan nak bukak buku terus bukak muka buku! teruk benor perangai den, adik-adik jangan tiru aksi ini dirumah. HAHA. 


*galek study macam kucing ni tengok iPad baguih gak no. HAHA*

ok, saje introduction muqadimah gitu..padahal sebenarnya nak share ilmu tentang antara-antara Ibadah Pintar Gaya Nabi kita. Ok la ok, jangan membazir masa baca introduction double senget tadi, HAHA. jom teruskan baca info di bawah ini :

Kesihatan manusia bertambah baik, wajahnya berseri-seri dan tampak muda apabila dia melakukan perkara-perkara seperti berikut : Berwudhu' dengan baik, melaksanakan sunat-sunat wudhu',berwudhu' sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi kita dan kemudian bersolat dengan sikap sempurna serta hati yang hudhur.

Dalam satu kajian Prof. Dr. Syahathah dari fakulti perubatan, Universiti of Alexandria mengesahkan istinsyaq atau menghirup air melalui hidung semasa berwudhu' dapat membersihkanhidung daripada kuman. Istinthar atau mengeluarkan air daripada hidung pula dapat mengurangkan risiko jangkita kuman. Maka semasa berwudhu', lakukanlah istinsyaq dan istinthar

Cara yang betul untuk istinsyaq adalah dengan menyedut air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana ye, *jangan tarik macam selsema pulak, hehe* dan kemudian istinthar dengan hembusan yang kuat. Lakukan kedua-duanya secara rutin setiap kali saudara berwudhu'. In shaa Allah, jumlah kuman didalam hidung kalian akan menurun dengan signifikan.


Haa..tahukah anda? 
Kajian Prof. Dr. Syahathah juga menunjukkan wudhu' yang dilakukan dengan betul dapat mencegah 17 JENIS PENYAKIT SERIUS! antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinusitis yang meningkat akhir-akhir ini. *boleh google ye ape itu Sinusitis* radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk - batuk dan penyakit berkaitan paru-paru serta penyakit mental!



Okeh, sekarang anda dah tahu serba sedikit kebaikan berwudhu' dengan cara betul yang Nabi dah ajar. so, lepas ini jangan ambil wudhu' macam ribut! HAHA. ambil wudhu' tu bagi ikhlas hati sapu celah2 jari tangan dan kaki itu betul..ambil wudhu' macam ribut nak pergi mana? bukannya tempat solat penuh pun. wudhu' tidak betul apatah lagi solat Allah nak terima ke?

haa..silalah terasa dan jom muhasabah diri bersama, jangan abaikan perkara penting ini, bila sakit barulah nak buat semua benda dengan betul barulah nak solat lama-lama doa panjang-panjang baru nak cari Allah! bila sihat semua benda kelam-kabut sampai nak ingat Allah pun payoh benor ye adik. HIHI..

at last, terima kasih sudi baca entri ini boleh share dengan kawan-kawan. ilmu dikongsi jangan buat macam hak sendiri ok?! HEHE
 wassalam!
:)

Nasyid Sekadar Sampingan atau Kegemaran?

0 comments
Assalamu'alaykum :)

dalam satu hari pernah anda bagi peluang pada diri anda untuk layan nasyid berbanding lagu western or lagu indie dan sebagainya? mengapa tidak cuba membantu dakwah mereka dalam mengingati Allah setiap masa walaupun ianya berbentuk melodi? adik-adik, zaman sekarang memang tidak dinafikan memang ramai sangat yang minat K-Pop, J-Pop, metal rock punk dan lain-lain, tapi nasyid tanah air mengapa tidak dilabelkan salah satu kegemaran kalian? 



adik-adik juga pernah tak buat kalau rasa stress atau tension dengan something kalian akan pasang lagu cintan cintun yang tahap 'tangkap leleh' bagai lah tu? ataupun...lagu lady gaga ke beyonce ke katy perry semua? dan tidak lupa juga pada K-Pop-er's yang juga pasang lagu mereka sehingga la kalian tertidur..



cuba anda bayangkan kalau Allah tarik nyawa kita yang dengar lagu lalaikan dan tidak ada langsung mengingatkan kita pada Allah .
tidakkah kita meninggal dalam keadaan lalai? kan? so, jom la kita sama-sama  elakkan perkara ini terjadi pada kita. kita pun tidak tahu kita ini dalam sehari nak berselawat pun Allahu Akbar..apatah lagi Pencipta kita . 

jom kita bantu nasyid tanah air kita mahupun nasyid antarabangsa seperti Maher Zain, Irfan Makki dan lain-lain artis nasyid sebarkan dakwah dalam Muzik. Walaupun kita dengar muzik, tetapi asalkan muzik itu tidak melalaikan dari mengingati Allah & Rasulullah, silakan ye adik-adik .

p/s : ihikss! gambo hiasang saje 

nah terapi sanubari dengarlah nasyid dibawah ini :


*Ikramul Kareem - UNIC & Imam Muda*

so, lastly jom sama-sama hijrahkan diri ke arah yang lebih diberkati Allah!
trimassss sudi baca entri ini 
sekian wassalam
;)

Friday, January 4, 2013

Pemakanan Pintar Gaya Rasulullah (Part 1)

0 comments
Assalamu'alaykum semua :)

pernah tidak terfikir macam mana gaya Rasulullah kita menjaga pemakanan baginda? anda ingin tahu gaya Rasulullah bagaimana? betul? jom kita ikuti dan hidupkan sunnah dan cara baginda dalam pemakanan dalam hidup kita juga sekeliling kita!

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya',"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. Manusia sendiri dibentuk daripada 70% air. Inilah puncanya kekurangan air mengganggu  keharmonian tubuh, dan seterusnya ini menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tidak sihat. haa..jangan lupe at least lepas solat fardhu dalam satu 5x tu 2 gelas air masak yang bersih ok adik-adik! :)


Bagi madu asli pula ia sebenarnya tidak mudah rosak. Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu didalam bekas kaca kedap udara dan pada suhu bilik. Selain itu, jauhkan ia daripada sinaran sang matahari dan lain-lain sinar yang boleh menjejaskan keasliannya. Dengan berbuat sedemikian rupa, daya antibiotik dan enzim yang ada didalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzimnya rosak, maka apabila anda meminum madu tidak ada bezanya pun dengan minum air gula biasa dik..so elak kan ok? 
and salah satu kegunaan madu adalahmerawat cirit-birit yang kronik. :)


Ramai orang mengamalkan diet yang tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan hingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Pada masa yang sama, nutrien yang lain pula diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini boleh menimbulkan masalah kesihatan! haa..jaga-jaga~ 
Aturlah pemakanan anda adik-adikku seperti yang berikut :
1. Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan perkerjaan.
2. Makan Tengah Hari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
3. Makan Malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan



tapi jangan tinggalkan makan malam jika anda tidak mahu dimakan usia, Nabi juga pesan makan lah sebiji kurma paling tidak pun makan malam aslkan jangan tinggalkan, ok? :)



Bagi meningkatkan kesihatan & menyembuhkan penyakit, kita perlu menjaga pemakanan kita. Makanan yang kita makan sewajarnya halalan toyyiban, mencukupi dan beraneka ragam. Namun begitu, bagi mengubati penyakit, penyusunan semula pemakanan tidak mencukupi. Ubat juga perlu diambil tetapi berubatlah dengan menggunakan kaedah, bahan dan cara yang halal yang telaj ditetapkan oleh Islam tercinta! :D

jadi akhir kata untuk entri ini trimas sudi baca!
selamat beramal anda semua
wassalam!
;)



Tips Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

0 comments
Assalamu'alaykum semua~


Entri untuk kali ini saya nak berkongsi ilmu 'scan' kalau-kalau ada kedai atau perniagaan pakai pelaris. jom teruskan baca :

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Ihiksss~ Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas ye adik-adik (macam ustaz Ismail Kamus ajar)


Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.



hah, hati-hati adik-adik sekalian..sekarang ini, orang naik sikit orang tu pula dengki, macam-macam ragam dah manusia di Malaysia sekarang..tak boleh tengok orang bahagia daripada dia langsung. cuba dia kena, memang lah seronok buat kat orang, nanti dalam kubur kena tibai dengan Malaikat. na'uzubillah..jadi, hidup ini biarlah ikhlas dan redha, semua perkara ada hikmah so tidak salah kita tumpang gembira sekali if ada orang hebat atau lagi baik dari kita. Kita belajar lah bersyukur apa yang ada. nanti Allah ganti lagi baik, doa banyak-banyak ok?

p/s : sekadar gambo hiasang!

akhir kalam, selamat beramal uols~ 
wassalam
:)

Travelogue : Mekah dan Madinah

0 comments
Assalamualaikum Hi!

berdasarkan tajuk itu saya hendak berkongsi sikit lah pengalaman berada di bumi Tanah Suci pada April 2012 yang lalu. 
*lama kot, baru nak cerita..eleh*

sabar dulu kakak,brother..bru nk cerita pun memori disana lekat baik dalam ingatan ni tau even i have a short memory. *err*
haha..by the way, alhamdulillah kami sekeluarga juga atuk nenek and mak tok pun ada join sekali menunaikan umrah. Sangat meriah dan penuh syahdu berada disana. :'D

and bila saya balik Malaysia, ramai insan bertanya soalan  macam, "ole-ole takde ke mira? :D","dah sampaikan salam aku pada Rasulullah? :)" and soalan yang memang double mengarut sudahlah cepumas,"mira best tak pergi sana?" OK, takkan lah saya nak cakap tak best la panas lah boring lah and what so ever double mengong punye jawapan la kan. OF COURSE la BEST! tempat paling suci dalam dunia ini. so jangan tanya soalan macam itu pada orang yang baru balik dari Mekah and Madinah ye okayyy... Cakap pada mereka ini dengan ayat tatabahasa yang betul seperti, "Bestnye pergi sana, in shaa Allah aku nak pergi juga satu hari nanti, doakan aku kawan :D". Haa~ ini baru betul *angkat ibu jari*

so, berbalik pada perkongsian cerita Umrah saya, alhamdulillah saya ucapkan banyak kali pada Allah, sebab sangat tidak tersangka-sangka menjadi tetamu-Nya pada tahun 2012.  

here some picture i took at there :


bersama Mak dan Ayah dihadapan masjid Quba' at Madinah. Jika anda solat di Masjid ini walaupun solat sunat dhuha, pahalanya seperti pahala menunaikan umrah ;)


look Masjid Nabawi outside from my room window. cantikkan? senibina Masjid Nabawi sangat mengkagumkan saya. Engineer yang bina Masjid ini must be someone genius. *moga Allah berkati siapa pun mereka yang membina/menaik taraf Masjid Nabawi ini. ameen :D


ramaikan? ;) take a look those GATE! masha-Allah~



lihat tiang-tiang dalam masjid Nabawi yang cantik ini. setiap tiang ada air-cond ;)


ye kawan-kawan..disini ialah ruangan solat wanita ye. saya sangat teruja ramainya wanita berhijab disana disini disitu . hehe.. terasa kenal semuanya sebab semuanya umat Islam :') and disebalik kayu pemisah depan itu pula ruangan solat lelaki


ini pula adalah ladang kurma. terdapat pelbagai jenis kurma ada disini dan kurma kegemaran Nabi tercinta kita ialah Kurma Ajwa. Kurma ini ialah kurma paling mahal sekali. ;) dan air dalam gambar ialah air semula jadi yakni air bawah tanah dan terasa garam galiannya sangat tinggi! 


dibawah kubah hijau inilah makam Rasulullah dan juga sahabat tercinta baginda Abu Bakara r.a. dan Umar al-Khattab r.a. :')


ini ialah Masjid Bir Ali tempat kita hendak ber-miqat untuk melakukan umrah sebelum ke Mekah al-mukarramah. :)


masjid Tan'iem ialah tempat miqat bagi penduduk mekah yang hendak melakukan umrah. Masjid ini jugalah Saidatina 'Aisyah berm-miqat :')


pandangan Masjidil Haram dari bilik saya. :'D *mashaAllah*


Zam-zam Tower and the Kaabah :'( *Allah, i miss this place and madinah*


oh this is my mom, she tell me to snap her picture with Kaabah :')


and yang ini pula ladang UNTA ye! dan itu arab badawi yang ustaz-ustaz selalu gambarkan dengan kulit mereka yang hitam dan juga rambut kerinting and so on. Arab badawi tinggal diluar kawasan Mekah. mereka juga tinggal di kawasan-kawasan yang lapang supaya senang mereka ini menternak kambing dan unta :)


oh yes! here is the camel milk! eh susu unta banyak khasiat. Tahukah anda? susu unta perlu diminum sejurus selepas diperah dan masih berbuih-buih kerana pada masa itulah khasiatnya melipah ruah! haa..jangan ketawa tapi ini fakta ;)


Ini pula ialah Jabal Nur atau dalam BM nya Bukit Cahaya and memang fakta dan kena pada nama. Bukit ini sememangnya seperti bercahaya pada waktu malam! and plus, Nabi kita juga pernah berkhalwat yakni sentiasa bersendirian di Gua Hira' dan di gua inilah juga turunnya wahyu pertama buat kita umat baginda :') anda boleh google gua hira' untuk melihat gambar gua yang boleh meuatkan seramai 2 orang sahaja ini. DAN wangian baginda masih berbekas di gua itu! :'( *ya Allah*


pemandangan Mekah dari atas Jabal Nur pada waktu subuh :)


dan inilah tempat paling paling paling mustajab untuk berdoa wahai muslimin muslimat ye..pintu emas ini dipanggil Multazam. saya berpeluang sentuh walaupun sangat tinggi dan ramai *tengok diorg dalam gambar kat atas itu, takut tak? hehe* selepas ber-rugby dengan mak saya akhirnya sentuh pun jadilah. alhamdulillah. :D


haa..ini ialah Perkuburan al-Baqi' yang mana di Hari Pembalasan kelak, mereka yang berada disini akan bangkit selepas Rasulullah bangkit pada Hari itu, lihatlah, betapa simple nya kubur mereka hingga kita tidak tahu yang mana satu kubur para sahabat yang hebat pada zaman Rasulullah :') kalau nak dibandingkan kubur di Baqi' yang atasnya hanya ditandakan dengan batu kosong yang dibawahnya taman-taman syurga & kubur-kubur di Malaysia pula, cantik bagaikan gah begitu tapi dalamnya na'uzubillah :(


ada nampak itu Pancur emas cik adik? yes, dibawah pancur emas ini juga do mustajab adik-adik. pancur emas ini berada di kawasan hijir Ismail. kawasan yang ada lengkuk warna putih tepi Kaabah itulah tempatnya. :)


dibelakang professor datuk doktor Ir amira ini *muntah* ialah Bukit Uhud ye adik-adik..Tahukah anda? bahawa gigi geraham ahli neraka sebesar bukit Uhud! ha..jangan main-main, ini serius :( 
di bukit ini jugalah tempat berlakunya peperangan Uhud dalam sejarah islam yang kita ketahui :) dan di salah satu kawasan dibukit itu jugalah Rasulullah pernah patah gigi baginda akibat terjatuh demi memperjuangkan agama islam.. :((( 
*hah! apa pengorbanan korang?!*
p/s : abaikan tarikh senget dalam gambar itu ye ;)

ok lah, makin hari makin membesar dan juga boleh membezakan yang betul yang mana salah yang mana wajib yang mana haram kan..so at the end, jom hayati pengorbanan Nabi-nabi kita especially Rasulullah S.A.W. 
*siapa tak jawab selawat Nabi apabila nama Rasulullah disebut adalah orang paling bakhil didunia!*

terima kasih sudi baca entri ini.
wassalam~
;)

Wednesday, January 2, 2013

Happy Tahun Baru! :D

0 comments
Assalamu'alaykum and halo guys!
alhamdulillah kan.. kita da masuk tahun baru sudah
 pom! pom!pom!pom!pom! haaa tudiaa bunga api I untuk U ols. HAHA.. 
OK, di tahun baru ini apa azam baru korang? 
*azam ape, azam thn lps da pegi indon mne tah kak oi*
not all of that pergi indon kan..kan! alahai~ tak lupa juga ada yg pasang azam nak bernikah! ha..cukup syarat apa lagi! green light la kan..*lol*
takpe2..in shaa Allah u ols semua akan nikah dgn cara yg halal one day with jodoh yg telah ditetapkan di Luh Mahfudz. =)

*nah! bunga untuk anda yang bakal bernikah. ahaks ;)*

well, certain of us ada yang sambut tahun baru di padang jarak padang terkukur untuk melihat bunga api and ada yang sambut di atas katil *aku la tu* and and yang paling terbaik sekali yang sambut dengan ceramah2 agama yang sangaaaaaaaattt bermanfaat dan BARAKAH! itu yang terbaik sekali la.. dan ada antara mereka mereka ini pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus and some artis join sekali..ok itu sangat cemburu..seriously said Ustaz Azhar sangat menarik minat untuk mendengar kuliah beliau yang sangat BEST!
tapi walaubagaimanapun, masing-masing ada cara tersendiri kan sambut Happy Tahun Baru.. so anda sudah besar anda boleh fikir adakah ianya baik or mengingatkan anda pada Allah atau sebaliknya. so fikir sendiri ye wahai adik-adik =)


*anda boleh lihat perbezaan dalam gambar ini so mesti anda boleh bezakan yang mana baik yang buruk kan ;)*

akhir kata, silalah bertindak mengikut kata agama kita yakni Islam tercinta, jika anda nak tahu macam mana masa depan dipimpin, lihatlah akhlak pemuda/pemudi sekarang.

wassalam and daaa!

selamat tahun baru 2013M! =)